Khamis, 20 Julai 2017

Pendedahan Penipuan Pemilihan CEC DAP 2012 Oleh DAP Insider

Rahsia penipuan Lim Kit Siang memanipulasi sistem pengundian Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) yang membolehkan beliau berkuasa dalam parti itu terbongkar pada tahun 2012 disebabkan kebodohan anaknya, Lim Guan Eng yang merupakan Setiausaha Agung DAP.
Blog DAP Insider menjelaskan secara terperinci mengenai penipuan Keluarga Lim dalam memanipulasikan sistem pengundian CEC itu.
Sejak 1968 DAP sentiasa dikawal oleh Lim Kit Siang yang memegang jawatan Setiausaha Agung atau Pengerusi Kebangsaan. Dalam organisasi DAP Setiausaha Agung paling berkuasa. Konsep ini sama seperti yang diamalkan oleh Parti Komunis Malaya yang mana jawatan Setiausaha Parti Komunis Malaya dipegang oleh Chin Peng.
Berikut adalah salah satu cara yang dimanipulasi oleh Lim Kit Siang untuk memastikan dia dan dinastinya terus berkuasa.
Parti DAP tidak mempunyai bahagian di setiap parlimen sepertimana yang diamalkan parti-parti lain. Mereka hanya mempunyai cawangan sahaja.

Cawangan-cawangan parti DAP pula dibahagikan kepada dua kumpulan.
i)       Cawangan sijil A
ii) Cawangan sijil B
Penentuan samada sesebuah cawangan layak mendapat sijil A atau sijil B dibawah kuasa Setiausaha Agung.
Ahli-ahli cawangan sijil A layak untuk hadir ke Kongres Kebangsaan DAP dan layak mengundi untuk memilih CEC.
Ahli-ahli cawangan sijil B hanya layak hadir ke Kongres Kebangsaan DAP sebagai pemerhati sahaja dan TIDAK dibenarkan mengundi.
Cawangan yang dikenal pasti menyokong Dinasti Lim akan diberi sijil A untuk membolehkan mereka mengundi. Mana-mana cawangan yang dikenal pasti tidak menyokongnya dan tidak akan memberi undi kepadanya akan diberi sijil B untuk menghalang mereka daripada mengundi, walaupun sebelum itu cawangan tersebut mempunyai sijil A.
Setiausaha Agung berkuasa untuk menukar sijil cawangan dari A ke B atau dari B ke A bila-bila masa sahaja mengikut keperluannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...