Rabu, 12 Julai 2017

#DAP: DAH BUAT KESILAPAN NAK UGUT ROS PULA !!!

DAP memberikan tempoh selama 48 jam kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk menghantar surat rasmi berhubung arahan bagi mengadakan pemilihan semula jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti tersebut.

Pengerusi Biro Undang-undang DAP, Gobind Singh Deo berkata, sekiranya tiada sebarang surat rasmi diterima menjelang Jumaat ini, parti itu tidak mempunyai pilihan lain dan perlu mempertimbangkan opsyen yang ada bagi menangani permasalahan tersebut.

“Kita tidak boleh mengadakan pemilihan baru semula tanpa sebarang komunikasi rasmi dari ROS dan itu menjadi pendirian saya dalam hal ini.


“Oleh itu, surat itu amat penting bagi kami malah ia mesti menjelaskan sebarang keputusan dibuat dan perintah atau arahan yang perlu kita patuhi,” katanya dalam kenyataan, semalam.

ROS dalam satu kenyataan sebelum ini mengarahkan DAP untuk mengadakan pemilihan baru bagi jawatankuasa eksekutifnya.

Ketua Pengarah ROS, Datuk Mohammad Razin Abdullah berkata, keputusan itu dibuat selepas pihaknya mendapati bahawa pemilihan semula DAP yang diadakan pada 29 September 2013, tidak mengikut undang-undang.

Gobind yang juga Ahli Parlimen Puchong mendakwa ROS sebenarnya cuba untuk melengahkan masa bagi berkomunikasi secara terus dengan DAP.

“Kelewatan oleh ROS ini akan memberi kesan kepada kami (DAP) dan ia pastinya akan menjejaskan parti,” katanya.

Tambah beliau, ROS perlu menjelaskan sama ada surat rasmi tersebut akan dihantar atau tidak bagi membolehkan tindakan selanjutnya diambil selepas ini.

“Adakah tindakan ini (pemilihan CEC) akan diambil hanya berdasarkan kepada kenyataan media mereka (ROS) sebelum ini?

“Sebab itulah mereka perlu menghantar surat rasmi tersebut kepada kami (DAP),” katanya.

Sumber: KLIK DISINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...