Isnin, 22 Februari 2016

PENDAPAT PEMIMPIN YANG LEMAH PEMIKIRAN YANG HAMPIR PUPUS



Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar memberi amaran berlakunya ketidakstabilan kerajaan Kedah kerana ia bakal mewujudkan pergolakan berpanjangan jika komplot menjatuhkan Datuk Seri Mukhriz Mahathir berjaya. - Gambar Free Malaysia Today

Penggulingan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan membuatkan kedudukan kerajaan Kedah tidak stabil dan dalam bahaya jika ia berjaya dilaksanakan, kata Ahli Parlimen PAS Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar.

"Jika Mukhriz digulingkan bermakna BN hanya memilik 18 kerusi yang menandatangani akuan bersumpah 'kertas tandas'. Sedang 3 lagi termasuk Muhkriz memperlihatkan prinsip mereka tidak bersama dengan komplot rampasan kuasa.

"Kerusi pembangkang pula berjumlah 15. Ini menjadikan kedudukan kerajaan BN tidak stabil dengan jumlah 18 berbanding pembangkang 15 dan Mukhriz 3," kata Mahfuz dalam satu kenyataan.

Mahfuz mempersoalkan kestabilan kerajaan yang bakal dibentuk dan dikatakan berisiko tinggi dalam pergolakan berpanjangan.

"Apakah Najib bersedia menghadapi risiko pergolakan yang berpanjangan akibat langkah beliau yang hanya ingin menyingkirkan musuh politik dalam Umno?

"Apakah Najib sudah mengambil kira kedudukan jumlah kerusi BN yang sangat lemah jika beliau berjaya menggulingkan Mukhriz?" soal bekas ketua penerangan PAS itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...