Khamis, 25 Februari 2016

BIAR DAN LIHAT 2M > LUKA LAMA BERDARAH KEMBALI

Ucapan sinis Tun Mahathir untuk Musa Hitam

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini dengan sinis menyindir Tun Musa Hitam berhubung kenyataan yang dilemparkan bekas timbalannya itu mengenai punca sebenar kegagalan Wawasan 2020.

Melalui catatan terbaharu di blognya, Chedet.cc, Mahathir mengucapkan terima kasih kepada Musa gara-gara menuding jari kepadanya sebagai punca kegagalan Wawasan 2020 itu yang kurang empat tahun dari sekarang untuk dicapai.


“Kepada Musa, terima kasih banyak kerana menuding jari. Mesti kamu sudah menjangkakan ini pada 1986 lagi sebelum Wawasan ini (diperkenalkan).

“Ini mungkin kamu sudah ramalkan yang menyebabkan kamu meletakkan jawatan daripada kerajaan yang saya pimpin. Jadi, tiada sesiapa boleh salahkan kamu. Khidmat kamu kepada saya dan negara akan tercatat dalam sejarah,” tulisnya dalam artikel yang bertajuk ‘Tun Musa’.

Sebelum ini, Musa meletakkan kesalahan pada Mahathir sekiranya Wawasan 2020 gagal dicapai susulan beliau tidak melatih pemimpin di semua peringkat untuk menjayakan wawasan itu.

Beliau juga mendakwa Mahathir memilih untuk membuang pemimpin yang berpotensi dan memilih untuk melatih penyokongnya.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...