Ahad, 14 Februari 2016

KEAHLIAN PARTI AMANAH SEMAKIN MEROSOT

‘Memang betul mereka nak kembali bersama’

SHAH ALAM – Pas Selangor mengesahkan kemasukan semula ahli Parti Amanah Negara (Amanah) ke dalam parti berkenaan.

Setiausahanya, Mohd Khairuddin Othman berkata, bagaimanapun maklumat berhubung perkara itu tidak boleh didedahkan kepada umum.

Maklumat adalah sulit dan milik kita. Laporan kemasukan semula di cawangan memang ada dan kita dah arahkan supaya mereka menerima semula bekas ahli secara baik.


“Kita akan cuba dapatkan laporan lengkap mengenai maklumat (kemasukan semula) selepas mesyuarat agung cawangan selesai,” katanya kepada Sinar Harian.

Sebelum itu, Setiausaha Agung Pas, Takiyuddin Hassan mendakwa beliau mempunyai bukti ada ahli Amanah yang mengubah haluan menyokong perjuangan Pas, namun enggan mendedahkan nama- nama individu yang terlibat dan meminta kepimpinan Amanah menyiasat sendiri perkara itu.

Dalam perkembangan lain, Adun Meru, Dr Abdul Rani Osman berkata, Pas sedia menerima kembali bekas ahli- ahlinya yang pernah meninggalkan parti kerana me nyertai Amanah.

Katanya, Pas bersikap terbuka dan tidak mempunyai masalah untuk menerima kembali bekas ahlinya.

“Bukan pertama kali jemaah Pas keluar untuk sertai jemaah lain yang mengaku membawa Islam sebenar.

“Sebelum ini, kita pernah dengar nama seperti Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia (Berjasa), Semangat 46 dan sebagainya tetapi mereka semua tak ke mana sebab sesuatu perkara itu ada hadnya,” katanya.

Sumber:  KLIK DISINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...