Khamis, 7 Januari 2016

UMNO PERLU BERHATI-HATI SIKAP "KLUK KLEK" PAS BUAT U-TURN SAAT AKHIR !!!

‘Eloklah mereka tak masuk BN’

KOTA BHARU, 6 Januari: Keputusan Majlis Syura Ulama Pas untuk tidak menyertai atau bergabung dengan Umno adalah satu keputusan yang tidak mendukacitakan.

ADUN Kok Lanas, Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata, lebih elok jika mereka tidak bersama Umno kerana sikap dan perangai pemimpin Pas yang tidak konsisten.

“Saya tidak berdukacita dengan keputusan Pas untuk tidak menyertai Barisan Nasional (BN). Eloklah mereka tak masuk BN sebab BN pun sukar nak terima Pas kerana sikap ‘kluk klek’ (dolak-dalik) atau lebih dimaklumi sebagai sikap ‘u-turn’ yang sangat konsisten.


“BN adalah sebuah gabungan parti-parti yang mahu memakmurkan dan mensejahterakan Malaysia dan seluruh rakyatnya,tanpa sempadan agama keturunan atau wilayah.

“Ia juga turut berpaksikan prinsip-prinsip keadilan sosial dan nilai murni sejagat yang tidak bercanggah dengan Islam,” katanya dalam kenyataan di Facebooknya hari ini.


 Dalam nada sinis beliau berkata, Pas merupakan parti yang boleh berdiri sendiri dan juga sebuah parti yang serba boleh.

Katanya, Pas merupakan parti yang serba jadi asal mendapat keuntungan dalam politik dan kerusi.

“Pas adalah parti serba boleh, ada masa berpegang kepada Islam, ada masa berselindung di sebalik tahaluf siyasi.

“Mereka sentiasa berubah macam pasir di pantai dan bergantung pada ombak dan badai,” katanya.

Beliau berkata lagi, Umno sebagai parti terbesar dalam BN akan sentiasa bekerjasama dengan sesiapa sahaja demi kepentingan Islam, Melayu dan Malaysia.

Katanya, Islam menggalakkan penyatuan dan Umno sentiasa istiqamah dalam perjuangan.

“Kita ada sejarah tersendiri untuk membuktikan rekod ini. Pas pun ada sejarahnya…semua ‘pernikahan’ Pas sentiasa berakhir dengan ‘penceraiaan’.

“Pas perlu faham bahawa hidung BN mancung dan pipi BN juga tidak tersorong-sorong,” katanya.

Selepas bersidang pada Sabtu lalu, Majlis Syura Ulama Pas memutuskan, parti Islam itu tidak akan menyertai atau bergabung dengan Umno dalam BN.

Setiausahanya, Datuk Dr Nik Mohd Zawawi Salleh berkata, Pas tetap akan meneruskan agenda kerjasama dengan mana-mana pihak dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan.


“Majlis Syura Ulama Pas yang bersidang pada 2 Januari lalu telah bersetuju untuk meneruskan agenda kerjasama dengan mana-mana pihak dalam perkara kebaikan dan ketaqwaan demi memperkukuhkan Islam dan perjuangannya,” katanya. Sumber: KLIK DISINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...