Jumaat, 2 November 2012

Pelita anjur sayembara puisi TMT 2013


Hadiah wang tunai bernilai RM7,000 menanti orang ramai yang berminat menyertai pertandingan Sayembara Menulis Puisi Tahun Melawat Terengganu 2013 yang tarikh tutupnya akan berakhir 15 Disember ini.

Ketua 1, Persatuan Sasterawan Terengganu (PELITA), Syed Mohammed Nor Tuan Long berkata, sempena Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2013, pertandingan sayembara menulis puisi moden (sajak) yang bertemakan “Citra Terengganu” ini menawarkan hadiah yang sangat lumayan.


“Johan pertandingan sayembara ini akan menerima wang tunai berjumlah RM2000, naib johan RM1500 dan tempat ketiga RM1000.

“Manakala lima hadiah saguhati berupa wang tunai RM500 setiap satu bakal menanti pemenang pertandingan yang terbuka kepada seluruh warganegara Malaysia kecuali Ahli Jawatankuasa Penyelenggara dan Ahli Jawatankuasa Penilai serta kaum keluarga mereka yang terdekat,” ujarnya ketika ditemui Teganukita semalam.

Katanya, puisi yang dihasilkan mestilah asli dan menggunakan bahasa Melayu, bertulisan fon 12 dan jenis tulisan Arial atau Times New Roman.

‘Selain itu, karya yang dihasilkan hendaklah asli dan belum pernah diterbitkan oleh mana-mana pihak,” ujar beliau. Pertandingan sayembara anjuran kerajaan negeri dengan kerjasama PELITA ini mensyaratkan setiap karya yang dihantar melalui pos atau emel akan menjadi hak milik pihak penganjur.

“Kepada sesiapa yang berminat boleh mendapatkan borang penyertaan dengan barisan urus setia sayembara. “Sebarang pertanyaan lanjut boleh berhubung dengan Abdul Mubin Ismail (0199532200) atau Kamarulzaman Ismail (0179660538), tambahnya.

Sumber:teganukita
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...