Isnin, 17 Oktober 2011

MAJLIS KESYUKURAN DIKEDIAMAN PEGAWAI PEMBANGUNAN DUN RHU RENDANG


Rhu Rendang 16/10/2011 - Majlis kesyukuran sempena perkahwinan puteri kepada Pegawai Pembangunan Dun Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku telah diadakan didalam suasana yang penuh keceriaan.  Majlis bermula jam 10.30 pagi sehingga 5.00 petang, dimana dianggarkan lebih kurang 7,000 orang tetamu hadir dimajlis yang telah diadakan.

Turut hadir dimajlis tersebut beberapa orang tetamu kehormat termasuk YB Senator Dato' Abdul Rahman Bakar, YB Datuk Yahya Khatib Mohamad, YB Alias Abdullah serta ketua-ketua jabatan. Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku dan  keluarga mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang hadir serta kepada petugas-petugas yang terlibat secara langsung atau tidak, dalam menjayakan majlis yang telah diadakan dengan selamat.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...