Jumaat, 18 Mei 2012

Nik Aziz terlalu taksub dunia politik


Image Detail
KUALA LUMPUR 15 Mei - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak tahu membezakan antara pandangan seorang pejuang Islam dengan pandangan orang politik apabila menyamakan kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria sebagai pandangan berbaur politik.

Mufti Negeri Sembilan, Datuk Mohd. Yusof Ahmad berkata, Nik Aziz merupakan seorang ahli politik, meskipun beliau dan partinya mahu memperjuangkan Islam tetapi matlamat parti itu tetap bercirikan politik justeru apa sahaja isu berkaitan Islam, Nik Aziz masih melihatnya sebagai politik.

''Cara orang politik menegakkan Islam berbeza dengan pejuang Islam sejati. Terutama mereka yang terbuka menerima sesiapa sahaja untuk menyertai perjuangan Islam termasuk orang yang bukan Islam. Maka, matlamat perjuangan mereka kebarangkalian mudah tersasar.

Yayasan Terengganu membiayai RM106 juta kepada 3,700 pelajar


Yayasan Terengganu memperuntukan lebih RM106 juta pada tahun ini untuk membiayai pengajian lebih 3,700 pelajar termasuk 545 penuntut di 12 buah negara.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd Rahman berkata, peruntukan untuk biasiswa dan pinjaman itu antara usaha kerajaan negeri untuk melahirkan profesional dalam pelbagai bidang.

Khamis, 17 Mei 2012

USTAZ FATHIL SEDIA BERMUZAKARAH DENGAN DS HADI AWANG

Jangan kacau-bilau negara


LONDON 15 Mei - Di hadapan kira-kira 1,500 rakyat Malaysia dari seluruh United Kingdom yang berkumpul bersama Perdana Menteri di sini semalam, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, sesiapa pun berhak menyokong kerajaan atau pembangkang, namun biarlah ia mengikut keluhuran undang-undang.

''Saya boleh menerima ketidaksamaan dalam pandangan, tapi ia haruslah dilakukan secara berhemah kerana kita tidak mahu negara menjadi kacau-bilau.

Rabu, 16 Mei 2012

PAKATAN YANG DIRANCANG OLEH PAKATAN RAKYAT TERBONGKAR ???

Butiran dari RBFOnline........  KLIK DISINI SEGERA  


DISINI TERUS PUN BOLEH terlalu hebat dimuka surat 1 & 2


Agensi Perisikan Pusat kerajaan Amerika Syarikat, "NED, rangkaian organisasi di Malaysia 


UNITE DAN PENDAHULUAN REFORMASI PEMILIH 

Salam. Kami, Jawatankuasa Pemandu BERSIH 2.0, menjemput organisasi anda untuk menyertai dan bersatu dengan kami untuk memajukan pilihanraya yang bersih dan adil di Malaysia. Kebanyakan masih perlu dilakukan dan Bersih 2.0 memerlukan sokongan anda dan membantu untuk membuat misi menjadi kenyataan untuk demokrasi Malaysia. 

BERSIH 2.0 percaya bahawa hanya menerusi pilihanraya yang bersih dan adil, rakyat boleh menentukan nasib mereka sendiri dan mengharapkan pemegang jawatan awam untuk bertindak dengan pertanggungjawaban dan berkesan. Jalan untuk reformasi system pilihanraya adalah sebahagian daripada proses demokrasi, termasuk kedaulatan undang- undang-undang, perlindungan hak asasi manusia, tadbir urus yang baik dan pembangunan mampan di Malaysia. Sebagai rakyat, kita boleh menjadikan ini realiti kami. 

bersambung dan banyak lagi.....

Sila bawa ahli dan kawan-kawan anda ke pelancaran itu. Anda boleh menghubungi Nurul di 03-77844977 untuk maklumat lanjut. 

Yang ikhlas, 
Dato 'Ambiga Sreenevasan 
Pengerusi
---------------------------------------------------------------------------
Banyak lagi perkara-perkara yang anda tidak tahu terdapat didalam beberapa laman web yang tercatat didalamnya. Klik dimana saja laman web yang anda ingin layari pasti mengejutkan....

Selasa, 15 Mei 2012

Peter Butler jurulatih baru bola sepak Terengganu


Image Detail
Desas-desus mengenai gerangan jurulatih bola sepak yang bakal mengemudi pasukan Terengganu, akhirnya terjawab apabila bekas jurulatih pasukan Kelantan, Peter Butler bakal mengambil alih pasukan bola sepak negeri ini berkuatkuasa 1 Jun ini.

Malah, perkara itu disahkan sendiri oleh Menteri Besar Dato’ Seri Haji Ahmad Said ketika diminta mengulas mengenai kedudukan jurulatih Mat Zan Mat Aris yang direhatkan oleh pihak pengurusan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) sehingga esok (15 Mei).


PEJAWAT AWAM JADI PENGKHIANAT SEDANG DIKESAN ???

Kerajaan negeri mengingatkan semua penjawat awam agar tidak menjadi ‘pengkhianat’ kepada kerajaan serta mensabotaj usaha-usaha membangunkan rakyat negeri ini.


Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said berkata, kerajaan melantik mereka ke jawatan masing-masing dengan lafaz ikrar menjaga rahsia kerajaan serta bersedia memberi perkhidmatan terbaik kepada orang ramai.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...