Isnin, 14 Mei 2012

Semua anak syarikat kerajaan wajib bayar zakat


Semua anak syarikat milik kerajaan Terengganu diminta supaya jangan memberi jawapan tidak munasabah kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) sebagai alasan untuk tidak membayar zakat perniagaan.

Yang Dipertua Maidam, Dato' Senara Muda, Dato' Haji Mazlan Hashim, berkata pihaknya cukup kesal dengan sikap sebuah anak syarikat kerajaan negeri yang ternama di Terengganu menjadikan alasan tidak perlu membayar zakat kerana mereka antara syarikat milik kerajaan.

Manchester City juara EPL


epl
MANCHESTER City bangkit untuk menjaringkan dua gol pada waktu kecederaan, sekali gus menjulang gelaran juara Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali pertama dalam tempoh lebih empat dekad.
Ia kemenangan pertama bagi kelab itu selepas kali terakhir menjulangnya pada 1968.
Dalam perlawanan dramatik hari ini, Manchester City, yang menjaringkan gol awal pada separuh masa pertama, ketinggalan 2-1 sehingga permainan masuk waktu kecederaan. Pengadil memperuntukkan tujuh minit kepada kedua-dua kelab ini.

Ahad, 13 Mei 2012

UCAPAN PRESIDEN UMNO SEMPENA ULANGTAHUN UMNO KE 66

Pegawai Tadbir Diplomatik diminta bantu majukan Terengganu


Anak-anak Terengganu di Selangor dan Wilayah Persekutuan yang memegang jawatan Pegawai Tadbir Diplomatik (PTD) di pelbagai jabatan Kerajaan Persekutuan diminta menyalurkan maklumat mengenai projek-projek yang terdapat di jabatan masing-masing kepada Kerajaan Negeri Terengganu.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said berkata, langkah itu perlu bagi membolehkan kerajaan negeri memohon projek berkenaan dilaksanakan di Terengganu untuk faedah rakyat tempatan.

Kes saman fitnah Harakah, ADUN Batu Burok 17 Mei


Image Detail
Mahkamah Tinggi di sini menetapkan 17 Mei ini bagi pengurusan kes saman fitnah terhadap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Burok Terengganu, Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi dan tiga yang lain sebelum ia mula dibicarakan pada Julai ini.

Timbalan Pendaftar, Tengku Amalin A'ishah Putri Sultan lsmail Petra menetapkan tarikh tersebut sewaktu sebutan kes itu di kamar beliau hari ini.

Sabtu, 12 Mei 2012

SEMANGAT KEMELAYUAN UMNO BANGKIT UNTUK MENENTANG SEBARANG UNSUR KEGANASAN YANG DITIMBULKAN PIHAK PEMBANGKANG ??



KUALA LUMPUR 11 Mei - Kira-kira 120,000 ahli UMNO dan orang ramai membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil serta perkarangannya di sini malam ini bagi menyambut Ulang Tahun UMNO Ke-66.

Seawal pukul 3 petang lagi, lautan baju merah sudah memenuhi perkarangan stadium.

Ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak malam tadi di hadapan lebih 100,000 anggota UMNO, dianggap sebagai bekalan dan peringatan penting kepada anggota parti itu sebelum pilihan raya umum ke-13.

Khamis, 10 Mei 2012

Jumlah hutang negara RM257 bilion


Jumlah hutang negara yang ditanggung kerajaan sehingga 31 Disember 2011 adalah RM257 bilion atau 30.2 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Timbalan Menteri Kewangan, Senator Datuk Donald Lim Siang Chai  berkata, hutang negara itu adalah berikutan pinjaman yang diperoleh kerajaan dan sektor swasta.

Jelasnya, tanggungan tersebut merangkumi hutang luar Kerajaan Persekutuan, Perusahaan Awam Bukan Kewangan (PABK) dan sektor swasta.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...