Sabtu, 19 Disember 2015

MB rasmi pembukaan Chicken Cottage pertama di Malaysia

MB rasmi pembukaan Chicken Cottage pertama di Malaysia.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman merasmikan francais makanan segera halal bertaraf antarabangsa Chicken Cottage di Ladang Tok Pelam Kuala Terengganu hari ini.

Ahmad Razif berkata, usaha kerajaan negeri untuk membuka cawangan Chicken Cottage pertama di bumi Terengganu berjaya direalisasikan.


‘Hari ini merupakan satu lagi sejarah tercipta di negeri Terengganu kerana kita bawa satu restoran daripada luar negera ke Malaysia’.

‘Seperti yang dijanjikan kerajaan negeri, kita pastikan restoran pertama dibuka di Terengganu’.

‘Walaupun dari segi prospek perniagaan ia mesti mencari demand yang tinggi seperti Kuala Lumpur atau Lembah Klang, tetapi sebagai satu tanda terima kasih kepada rakyat Terengganu di atas sokongan kepada kerajaan, maka kerajaan negeri Terengganu telah mengambil keputusan kita pastikan restoran pertama di Malaysia mesti berada di negeri Terengganu’.

Beliau berkata demikian ketika perasmian pembukaan Chicken Cottage pertama Malaysia di Ladang Tok Pelam Kuala Terengganu. Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Osman Muda dan pegawai-pegawai Terengganu Inc.

Ahmad Razif turut memberitahu terdapat banyak permintaan daripada banyak pihak untuk membuka outlet Chicken Cottage di Malaysia iaitu Putrajaya, Kuala Lumpur, Johor dan Kelantan.

Chicken Cottage ketika ini mempunyai 103 outlet di seluruh dunia dan mensasarkan membuka 350 outlet dalam tempoh 5 tahun termasuk 9 outlet di Terengganu.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...