Jumaat, 26 April 2013

PRU 13 : Pemimpin bersama rakyat di Pasar Marang


Seawal jam 8.30 pagi, 26/04/2013 YAB Dato' Seri Ahmad Said bersama isteri yang disertai Calon P37 Datuk Yahya Khatib Muhamad, Calon N19 Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku serta lain-lain tetamu kehormat hadir sama untuk beramah mesra dengan pengundi-pengundi Bandar Marang.

Kecerian diwajah-wajah mereka yang ditemui mengatakan bahawa beliau begitu teruja dengan kehadiran Dato' Seri serta Calon-Calon dikawasan mereka.  Sambil menekmati minum pagi di Gerai-Gerai Water Front Marang.

Selepas itu rombongan YB Dato' Seri berkunjung menemui peniaga-peniaga di Pasar Besar Marang serta beramah mesra dan menyampaikan sumbangan kepada peniaga-peniaga.


Rombongan kemudian berkunjung ke Balai Raya Kg. Paya untuk menyampaikan bantuan kepada penerima Bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat yang disampaikan sendiri oleh YB Dato' Seri.

 

Selain daripada itu, hadiah kepada pemenang pertandingan melukis kepada murid-murid Tadika Kg. Paya telah disampaikan oleh isteri kepada YB Dato' Seri.

Diakhir lawatan, rombongan YB Dato' Seri telah dijemput untuk bersama-sama masyarakat setempat menikmati Jamuan Rakyat yang diadakan di Markan Kg. Paya, Marang.

 
 


Untuk paparan selanjutnya sila layari lama facebook Rhu Rendang.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...