Sabtu, 13 April 2013

PRU-13: Bekas pegawai kerajaan sertai parti politik kerana masih ingin berkuasa


SHAH ALAM 13 April - Bekas pegawai tinggi kerajaan yang bersetuju untuk bertanding pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) mungkin masih ingin berkuasa seperti semasa masih berkhidmat dulu.

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan berpandangan, mereka tidak dapat melupakan kuasa yang dipegang sebelum ini, membuatkan mereka bersetuju menerima tawaran daripada parti politik.

Bagaimanapun ujar beliau, mereka ini berisiko untuk dikenakan tindakan di bawah Akta Rahsia Rasmi jika tidak berhati-hati apabila mengeluarkan kenyataan.


"Sebenarnya apabila telah bersara, mereka menjadi seorang yang bebas dan boleh buat keputusan untuk menceburi bidang politik. Tidak ada undang-undang yang boleh menghalang.

"Mereka juga boleh memberikan pendapat yang bertujuan untuk memperbetulkan keadaan. Bagaimanapun mereka tidak boleh mendedahkan rahsia kerajaan walaupun telah bersara kerana terikat di bawah Akta Rahsia Rasmi...mereka tahu itu.

"Jika mereka melanggarnya (Akta Rahsia Rasmi) dan diambil tindakan, mereka tidak boleh marah dan salahkan pihak berkuasa," kata beliau. KLIK SINI


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...