Selasa, 3 Januari 2012

MAJLIS TAKLIMAT & LAPOR DIRI GURU-GURU KAFA DAERAH MARANG 2011


Marang 02/01/2012 - Majlis Taklimat Dan Lapor Diri bagi Guru-Guru KAFA Daerah Marang 2011 telah diadakan di Dewan Masjid Sultanah Nur Zahirah, Marang. Majlis dihadiri 450 orang guru-guru KAFA yang baru dan lama untuk memperbaharui tawaran perlantikan bagi tahun 2012.


Majlis telah dirasmikan oleh Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku.  Turut hadir Pegawai Yayasan Terengganu Daerah Marang, Tuan Haji Che Ismail Abdul Rahman.


 
 Menurut Tuan Haji Che Ismail, selepas majlis perasmian, kesemua guru-guru KAFA diminta mengisi beberapa borang-borang berkaitan termasuk Surat Perjanjian, Surat Penerimaan Tawaran, Borang Maklumat Peribadi dan Senarai Tugas Guru KAFA sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Yayasan Islam Terengganu.

Untuk paparan selanjutnya sila layari facebook berikut:
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...