Isnin, 19 Jun 2017

Undur FGV, Lantik Ketua SPAD Pulak ???

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengesahkan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad bersetuju melepaskan jawatannya sebagai pengerusi Felda Global Ventures Holdings Bhd (FGV).
Malah, Najib berkata perletakkan jawatan Isa berkuat-kuasa hari ini dibuat dengan rela hati.
"Saya dapat sahkan saya sudah berrundingan dengan Isa Samad pagi tadi.
"Kita telah bincang dengan mendalam tentang masa depan FGV maka Isa dengan rela hati melepaskan jawatan sebagai pengerusi FGV dan maknanya (beliau) diganti dengan Tan Sri Sulaiman Mahbob sebagai pemangku pengerusi," kata Najib dalam sidang media di Putrajaya, hari ini.

Mesyuarat pagi tadi turut disertai bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Idris Jala yang diberi tanggungjawab menyediakan laporan berhubung kemelut FGV.
"Bagi menghargai peranan Tan Sri Isa dalam FGV, kita setuju lantik beliau sebagai pemangku Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Darat (SPAD) berkuat kuasa serta merta," katanya.

Sumber: KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...