Rabu, 21 Jun 2017

Anak TPM Nikah Di Masjid Al-Haram Makkah

PETALING JAYA: Anak perempuan kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi iaitu Datuk Nurulhidayah selamat diijabkabulkan dalam satu majlis ringkas di Makkah pada Selasa.
Nurulhidayah, 39, telah berkongsi tentang khabar gembira itu di laman Instagramnya, kira-kira pukul 5.30 petang Selasa.
Menurut laporan Malaysiandigest, Nurulhidayah sah bergelar isteri kepada pasangannya, Datuk Saiful Nizam Mohd Yusoff, 47, dalam satu majlis tertutup yang berlangsung di Masjid al-Haram pukul 10 pagi waktu tempatan, dengan sekali lafaz.
Saiful Nizam ialah seorang ahli perniagaan dan Pengarah Urusan Menara Rezeki Sdn Bhd.

"Saya bertemu dengannya melalui beberapa mesyuarat berkaitan perniagaan. Sepanjang tempoh itu, beliau banyak bertanyakan nasihat mengenai bisnes.
"Saya menyedari bahawa saya mahu menjaga wanita ini dan anak-anaknya, jadi saya bertanya kepadanya mengenai perkara tersebut,” memetik laporan Malaysiandigest.


Sumber: KLIK DISINI

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...