Isnin, 20 Julai 2015

PENYEDAP KHALID SAMAD SEDIA MENUNGGU GARA2 BAI'AH TALAK TIGA ?


KUALA LUMPUR, 20 Julai: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, seruan untuk ‘bai’ah talak tiga’ oleh Ketua PAS Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun tidak perlu dipandang serius.

Beliau menegaskan bahawa sumpah itu, yang perlu diambil oleh ahli-ahli PAS yang menawarkan diri untuk pilihan raya, adalah bersyarat yang telah dipertikaikan oleh ulama Islam tanpa kesimpulan yang jelas setakat ini.

“Anggap sahaja Abdul Fatah hanya berseloroh, kerana meruntuhkan perkahwinan apabila sumpah itu dilanggar adalah satu perkara yang serius.

“Kita juga perlu mengambil kira kesan negatif hasil daripada perceraian berdasarkan sumpah itu,” katanya kepada The Rakyat Post.


Khalid turut menegaskan sumpah berkenaan tidak pernah dilafazkan dalam sejarah PAS.

Sementara itu, seorang lagi pemimpin PAS yang enggan namanya disiarkan berkata, perkara itu perlu dibincangkan oleh sarjana Muslim yang pakar dalam perkara itu.

Katanya, perkara itu menjadi lebih rumit oleh fakta di mana sarjana Muslim seperti sarjana Mesir, Yusuf al-Qaradawi mempunyai pandangan berbeza dalam perkara itu.

“Menceraikan seorang isteri tiga kali dalam satu masa, bukan sebab sengaja tetapi hanya kerana sumpah adalah perkara yang serius dan tidak boleh dipandang ringan,” katanya.

Terdahulu, Astro Awani melaporkan bahawa Abdul Fatah berkata, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di Kelantan perlu ingat kepada sumpah berkenaan.

Katanya, mereka perlu membuat sumpah itu sekiranya mereka ingin meninggalkan PAS dan menyertai parti baru, Gerakan Harapan Baru (GHB).

Sementara itu, Speaker Selangor yang juga ADUN Subang Jaya, Hannah Yeoh mengkritik kenyataan Abdul Fatah dan menyatakan wanita bukanlah satu komoditi yang boleh dibuang atau ditinggalkan.

Katanya, mana-mana parti politik yang mempunyai idea seperti itu tidak hormat kepada wanita dan institusi kekeluargaan.


Malah warga netizen juga turut meluahkan kritikan terhadap keyataan berkenaan yang disifatkan sebagai berunsur politik dan tidak melambangkan ajaran Islam yang sebenar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...