Selasa, 14 Julai 2015

GHB - "GAGAL HINGGA BERKUBUR" KEAHLIAN PAS DITAMATKAN SERTA-MERTA


KUALA LUMPUR, 13 Julai: Pemimpin Pas Selangor yang kini menyertai parti politik baru, Gerakan Harapan Baru (GHB) akan ditamatkan keahlian mereka serta-merta, kata Setiausaha Pas Negeri.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Mohd Khairuddin Othman, berkata Pas Selangor sedia maklum bahawa sebahagian besar ahli jawatankuasa GHB adalah bekas ahli Pas.

“Kita menghormati keputusan mereka dan ini sekaligus menamatkan keahlian mereka menurut Fasal 13(1)(c) Perlembagaan Pas,” katanya.


Sebelum ini, Pengerusi GHB, Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu, berkata kesemua pimpinan GHB masih lagi ahli Pas dan hanya akan keluar parti selepas penubuhan parti baru itu dimuktamadkan.

Kenyataan Mohd Khairuddin bagaimanapun  menggagalkan perancangan Mat Sabu apabila meminta semua kepimpinan Pas Selangor di peringkat kawasan dan cawangan mengambil dan memangku jawatan yang dikosongkan mereka yang berpindah ke parti baru, berkuatkuasa serta-merta.

Katanya, ia adalah selaras dengan perlembagaan Pas sedia ada.

“Pas Selangor akan terus berperanan dalam kerajaan Selangor dan kita yakin Pas akan tetap menjadi parti teras di Selangor serta Malaysia. Sebarang kelemahan yang ada akan kita perbaiki,” katanya.

Mat Sabu yang juga bekas Naib Presiden Pas dalam sidang media pagi tadi berkata, GHB akan menubuhkan parti politik baru berteraskan Islam dalam masa terdekat.

Parti baru itu, katanya akan mendukungi Islam yang syumul dengan pendekatan yang inklusif, progresif dan peduli kepada rakyat, selain komited membawa tawaran yang sebenar-benarnya dalam memberi pembelaan dan keadilan kepada seluruh rakyat Malaysia.


Pemimpin Pas terbabit termasuk Salahuddin Ayub, Ahmad Awang, Datuk Dr Mujahid Yusuf Rawa, Khalid Samad, Dr Mohd Hatta Ramli, Dr Dzulkefli Ahmad dan bekas Ketua Menteri Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib turut hadir ketika pengumuman itu dibuat.

Sumber: KLIK DISINI
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...