Sabtu, 21 April 2012

`Teganukita' temui anda setiap Khamis di TV3


T E G A N U K I TA
Teganukita - Rancangan terbaru terbitan TV3 memaparkan segalanya yang menarik, mempesonakan dan mengujakan terdapat di bumi Darul Iman negeri pimpinan Menteri Besar, Dato' Seri Haji Ahmad Said, bersiaran setiap Khamis, mulai 19 April.

Rancangan 20 episod berdurasi 30 minit yang bermula jam 6 petang terbahagi kepada pelbagai segmen dan topik istimewa mencakupi focus, santai, inspirasi/kejayaan dan diari yang melibatkan tiga perkataan loghat Terengganu.

Setiausaha Akhbar Menteri Besar Terengganu, Encik Rosli Zakaria, berkata program pertama seumpamanya itu menerusi kolaborasi Kerajaan Terengganu dengan rangkaian anak syarikat Media Prima Berhad merealisasikan hasrat bagi mengetengahkan dan menerokai keunikan negeri itu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...