Isnin, 30 April 2012

PERASMIAN MAJLIS PERLIMAU PENAMATAN ASAS SENI SILAT SPELEK GUNUNG JATI


Marang 28/04/2012 - Kumpulan Seni Silat Spelek Gunung Jati Kg. Kijing, Marang telah ditubuhkan sejak beberapa tahun yang lalu dibawah pengelolaan guru silat yang dikenali dengan panggilan Pak Daud. Seramai lebih kurang 30 orang anak-anak remaja dikawasan persekitaran melibatkan diri didalam kumpulan Seni Silat ini, bertujuan mendisiplinkan diri serta ketahanan jiwa serta mental untuk mengharung kehidupan dizaman yang penuh dengan dugaan.

Serentak dengan penamatan pelajaran asasnya satu Majlis Perlimau telah diadakan diperkarangan rumah Pak Daud Kg. Kijing dan telah dirasmikan oleh Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang. Sejumlah RM4,000 telah disalurkan kepada kumpulan ini bagi membantu membiayai peralatan serta pengurusan selanjutnya. Bagi membiayai penambahbaikan bangunan atau tempat dimana latihan harian diadakan akan dibantu sepenuhnya setelah memperolehi jumlah yang diperlukan.

 

Turut hadir dimajlis tersebut adalah En. Abdul Latif selaku Pengerusi Persatuan Seni Silat Daerah Marang, Peg. Belia & Sukan Daerah Marang, Pengerusi JKKK.

Untuk paparan selanjutnya sila layari laman facebook berikut: Klik Disini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...