Selasa, 30 Ogos 2011


HANCURKAN MAT SABU - PENGKHIANAT BANGSA, AGAMA DAN NEGARA


Marang 29/08/2011 - Semangat juang demi Agama, Bangsa dan Negara, Pertubuhan Pribumi Perkasa Daerah Marang yang diketuai oleh Tim. Ketuanya En. Hamzah Omar mewakili Pengerusi Perkasa Daerah Marang Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku serta seluruh ahli Perkasa Daerah Marang telah membuat satu laporan polis di Balai Polis Marang pada hari ini 29/08/2011 jam 3.00 petang keatas Tim. Presiden PAS MAT SABU membuat kenyataan biadap dan menghina pejuang-pejuang kemerdekaan. Turut hadir S/Usaha, Ketua Penerangan dan AJK Perkasa Daerah Marang.

Kenyataan tersebut telah dikeluarkan dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos 2011. MAT SABU juga membuat kenyataan biadap dengan mendakwa Allahyarham Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj tidak layak dianggap pejuang kemerdekaan.

Selain daripada itu beliau juga telah memahat semangat kebencian masyarakat berbilang kaum dinegara ini terhadap kedudukan Raja-Raja Melayu, hak-hak keistimewaan Melayu, Bahasa Melayu, Agama Islam dan hak-hak yang sah bagi kaum lain telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

MAT SABU juga cuba memperjuangkan serta menghidupkan kembali FAHAMAN KOMUNIS bukan untuk membebaskan rakyat daripada belenggu penjajahan, sebaliknya mereka hanya berminat untuk membentuk sebuah negara komunis dengan menganggap MAT INDERA sebagai Pejuang Bangsa yang disokong oleh Komunis, manakala beliau sendiri disokong oleh DAP.

Oleh yang demikian, Pertubuhan Pribumi Perkasa Marang mendesak Kerajaan mengambil tindakan sekeras-kerasnya dengan segera, yang telah memutar-belitkan fakta sejarah, dimana akan merosakkan pemikiran anak-anak bangsa Malaysia. BELIAU TELAH DIANGGAP SEBAGAI SEORANG PETUALANG, PENGKHIANAT BANGSA, AGAMA dan NEGARA.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...