Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah bertitah, bahawa isu melibatkan remaja hari ini tidak harus dipandang ringan memandangkan mereka adalah pewaris masa depan negara.
Ahad, 2 Oktober 2011
Isu remaja tidak harus dipandang ringan -Tuanku Nur Zahirah
Sabtu, 1 Oktober 2011
7 penerbangan dari LTSM bawa 3,129 jemaah zon timur
Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat berkata, ia melibatkan seramai 3,129 jemaah haji dari zon timur merangkumi tiga buah negeri iaitu Terengganu, Pahang dan Kelantan.
Jumaat, 30 September 2011
Peluang produk SDSI ke pasaran lebih besar
Khamis, 29 September 2011
Penjawat awam wajar memiliki integriti tinggi
Penjawat awam di negeri ini di minta mengambil inisiatif dan berusaha memastikan tahap integriti tugas harian sentiasa berada pada tahap tinggi.
Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Pengurusan), Dato’ Wan Ahamad Wan Muda, berkata setiap penjawat awam wajar memberi keyakinan kepada orang ramai terhadap usaha yang sudah selesai dan sedang dilaksanakan kerajaan melalui perlaksanaan undang-undang.
Rabu, 28 September 2011
MAJLIS PERJUMPAAN MB TERENGGANU BERSAMA WARGA NELAYAN
Marang 28/09/2011 - Majlis Perjumpaan YAB Dato' Seri Haji Ahmad bin Said, Menteri Besar Terengganu bersama warga nelayan DUN Rhu Rendang dan Parlimen Marang diadakan pada hari ini mulai jam 2.00 petang di JETI Kompleks LKIM Marang, Terengganu. Turut hadir YB Dato' Yahya bin Khatib Mohamad - Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan, Pembangunan Masyarakat dan Wanita Negeri merangkap Ketua UMNO Bahagian Marang. Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku - Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, serta tetamu kehormat, Ketua Jabatan bagi memeriahkan majlis yang diatur.
Lampu isyarat punca sesak

SEBERANG MARANG – Orang ramai mendakwa sistem lampu isyarat yang mula diaktifkan di persimpangan empat menuju ke Kampung Darat Pak Chan di sini, sejak kira-kira dua minggu lalu menimbulkan keadaan kelam-kabut dan sesak di situ.
Tinjauan Sinar Harian di persimpangan itu semalam, mendapati, kenderaan berbaris panjang untuk melepasi persimpangan itu kerana pemandu terpaksa akur dengan sistem lampu isyarat yang baru beroperasi di situ.
Selasa, 27 September 2011
Tanggungjawab Raja-Raja Melayu
KUALA LUMPUR 26 Sept. – Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin mengingatkan bahawa teras utama konsep Raja Berperlembagaan yang telah diguna pakai sejak negara mencapai kemerdekaan 54 tahun lalu ialah Raja-Raja Melayu mempunyai peranan dan fungsi yang amat penting dalam sistem pemerintahan negara.
Seri Paduka bertitah, Raja-Raja Melayu juga khususnya berperanan memelihara kedudukan orang Melayu, penduduk pribumi serta agama Islam yang disifatkan sebagai mampu menyelesaikan masalah rakyat pelbagai kaum.
Langgan:
Catatan (Atom)
