Jumaat, 14 Oktober 2011

iHeal Medical lakar sejarah bedah jantung


HOSPITAL yang dibangunkan Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu (LTAWT), iHeal Medical Service Sdn. Bhd. (iHeal Medical) melakar sejarah dalam menawarkan perkhidmatan perubatan apabila berjaya melakukan pembedahan jantung pertama hari ini.

Lebih bermakna, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Said sendiri menyaksikan operasi pembedahan itu di Pusat membeli-belah Mid Valley, Kuala Lumpur bersama Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Perpaduan dan Hal Ehwal Pengguna negeri, YB. Dr. A. Rahman Mokhtar.


Khamis, 13 Oktober 2011

PERTANDINGAN KARAOKE APMT PARLIMEN MARANG 2011


Wakaf Tapai 12/10/2011 - Pertandingan Karaoke peringkat APMT Parlimen Marang 2011 berlangsung di Dewan Sivik Wakaf Tapai, Marang, Terengganu, bermula jam 9.00 malam.  Seramai 27 kakitangan APMT terlibat dan dibahagikan kepada beberapa kategori yang ditetapkan. Pemenang-pemenang akan mewakili APMT Parlimen Marang ke peringkat negeri yang akan berlangsung pada 18 dan 19 Nov, 2011 di Dewan Universiti Malaysia Terengganu.

Rabu, 12 Oktober 2011

SUKAN APMT PARLIMEN MARANG 2011


MARANG 12/10/2011 – Untuk mengeratkan hubungan silaturrahim semua kakitangan APMT seluruh negeri Terengganu khasnya APMT Parlimen Marang, maka program SUKAN APMT 2011 telah pun diadakan pada hari ini 12/19/2011 bermula jam 9.00 pagi di Pantai Peranginan Kelulut, Marang, Terengganu.  Program dipengerusikan oleh En. Anuar bin Yahya dan dibantu En. Anuar bin Ali serta AJK-AJK yang dilantik bagi menjayakan program sukan yang telah diatur.

Bantuan RM100 Pelajar Sekolah Diagih Disember, 2011


Image Detail
KUALA LUMPUR: Kementerian Pelajaran dijangka menyalurkan bantuan persekolahan sebanyak RM100 bagi pelajar sekolah rendah dan menengah Disember depan bagi membantu meringankan beban ibu bapa membuat persiapan persekolahan bagi sesi 2012.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, selain bantuan berkenaan, pemansuhan yuran persekolahan mulai sesi persekolah tahun depan turut membolehkan rakyat negara ini menikmati pendidikanpercuma sepenuhnya.

Terengganu, T-Team pada kedudukan selesa



JUARA Piala FA, Terengganu memperoleh bekalan selesa menjelang pertemuan timbal balik kedua suku akhir Piala Malaysia apabila menang 3-1 ke atas juara bertahan, Kelantan di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah malam tadi.

Lima kad merah dilayangkan oleh pengadil perlawanan, Mohd. Nafeez Abd. Wahab dengan tiga menjadi milik Kelantan melalui Mohd. Shakir Shaari, Mohd. Daudsu Jamaludin dan Mohd. Aziz Ismail sementara dua kepada pemain Terengganu, Ismail Faruqi Asha’ri dan Mohd. Zubir Mohd. Azmi.

Selasa, 11 Oktober 2011

Kerajaan beri pinjaman RM110 juta kepada pelajar IPTA



Image Detail

Kerajaan negeri melalui Yayasan Terengganu (YT) mengeluarkan pinjaman pelajaran berjumlah RM110 juta kepada anak negeri ini yang berjaya melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) di dalam dan luar negara, tahun ini.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Haji Mazlan Ngah berkata, seramai 3.400 pelajar terbabit membuat pinjaman pelajaran untuk melanjutkan pelajaran mereka.


Isnin, 10 Oktober 2011

Penyerahan E-Book kepada pelajar-pelajar darjah 4 kawasan DUN Rhu Rendang


Marang 10/10/2011 - Majlis Penyerahan E-Book kepada pelajar-pelajar Darjah 4, Sekolah-Sekolah Rendah kawasan DUN Rhu Rendang, Marang, Terengganu telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Gong Nangka, Marang pada hari ini 10/10/2001 mulai jam 2.30 petang. Majlis perasmian disempurnakan oleh Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang dan turut hadir Pengarah Pelajaran Terengganu En. Razali bin Daud.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...