Marang 09/10/2011 - Majlis Penyerahan Kunci Program Bantuan Rumah (PBR) dan Pelancaran Kempen Tanam Semula Getah Peringkat Negeri Terengganu telah diadakan di Dewan Perpustakaan Awam Daerah Marang pada 09/10/2011 jam 11.00 pagi. Majlis telah dilancarkan dengan rasminya oleh YB Dato' Haji Hassan bin Malek, Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah. Turut hadir YBhg. Dato' Ibrahim Muhamad, Ketua Setiausaha Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Ketua Pengarah RISDA Malaysia dan Pegawai Pembangunan DUN seluruh Negeri Terengganu.
Ahad, 9 Oktober 2011
Harga tiket perlawanan suku akhir dinaikkan

Harga tiket bagi perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia antara pasukan Terengganu menentang Kelantan di Stadium Sultan Ismail Nasaruddin Shah, Isnin depan (10 Oktober), akan dinaikkan.
Setiausaha Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Abdullah Salleh berkata harga tiket bagi tempat duduk berbumbung dinaikkan kepada RM25 berbanding RM20 sebelum ini manakala bagi tempat duduk terbuka RM15 (harga lama RM10).
Sabtu, 8 Oktober 2011
Bajet 2012 untuk rakyat - MB
Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, berkata Bajet 2012 yang dibentangkan Perdana Menteri di Parlimen, petang semalam jelas menunjukkan kepentingan dan kebajikan rakyat didahulukan serta kesungguhan kerajaan untuk menjamin kesejahteraan rakyat menghadapi cabaran global .
Beliau berkata, pelbagai insentif seperti yang diumumkan Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak, akan membantu rakyat mengharungi kehidupan mereka pada masa ini di mana keadaan ekonomi dan politik agak bergolak dengan pelbagai usaha dilakukan pihak tertentu bagi mengugat kestabilan negara.
Wacana melestarikan pendidikan terbilang
Memantapkan semangat dan kesedaran semua kakitangan kerajaan tentang agenda merakyatkan pentadbiran dan pembangunan serta bersama memacu merialisasikan cita-cita murni ke arah menjadikan negeri ini anjung ilmu.
Jumaat, 7 Oktober 2011
Tawan kembali lapan kerusi Pas
Tawan kembali lapan kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ada di tangan Pas, itu misi besar Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13)nanti.
Pengerusi Jawatankuasa Pemantau UMNO Perhubungan Terengganu, Dato’ Muda Mamat berkata, selaku parti memerintah, penjelasan isu perlu sampai ke setiap lapisan masyarakat agar tidak dipesongkan oleh pihak pembangkang.
Khamis, 6 Oktober 2011
Undang-undang Ganti ISA Tekan Soal Hak Asasi Manusia Dan Keselamatan Negara - Peguam Negara
SHAH ALAM, 5 Okt (Bernama) -- Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail berkata orang ramai perlu memberi peluang kepada Jabatan Peguam Negara untuk membuktikan dirinya bagi menghasilkan dua perundangan baru dalam menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), yang akan menekankan mengenai hak asasi awam dan keselamatan negara.
Pembentangan Belanjawan 2012
Siaran langsung ini boleh didapati dalam dua versi iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan melayari Portal Perbendaharaan Malaysia di http://www.treasury.gov.my .
Teks Ucapan Belanjawan 2012 dan Laporan Ekonomi 2011/2012 juga boleh dimuat turun dari Portal Perbendaharaan Malaysia sejam selepas YAB Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak membentangkan Belanjawan 2012.
Langgan:
Catatan (Atom)
