Ahad, 21 Julai 2024

KERETA REMPUH KENDERAAN POLIS: 3 DITAHAN, SEORANG LAGI DIBURU


PASIR GUDANG:
Polis melepaskan tembakan ke arah sebuah kenderaan yang merempuh kenderaan pasukan keselamatan dan nyaris mencederakan anggotanya di Jalan Pulasan 17, Taman Ko
ta Masai di sini.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintendan Mohd Sohaimi Ishak berkata, dalam kejadian dalam kejadian jam 12.20 tengahari semalam ketika anggotanya dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Daerah Seri Alam menahan sebuah motosikal dinaiki seorang lelaki tempatan untuk diperiksa.

Ketika pemeriksaan dijalankan, beliau berkata, sebuah kereta dipandu secara melulu ke arah anggotanya dan merempuh kenderaan polis.

"Keadaan itu mengakibatkan anggota polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah kereta bagi mempertahankan diri.

"Susulan kejadian itu, tiga lelaki warga tempatan berusia antara 24 hingga 45 tahun ditahan bagi membantu siasatan.

"Semakan rekod lampau mendapati suspek pertama memiliki dua rekod kesalahan jenayah dan tiga kesalahan dadah manakala suspek kedua memiliki satu rekod kesalahan jenayah dan dua kesalahan dadah selain suspek ketiga memiliki dua rekod kesalahan dadah.

Mohd Sohaimi berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam menjalankan tugas dan jika disabit kesalahan boleh dipenjara sehingga dua tahun atau didenda sehingga RM10,000 atau kedua-duanya.

"Kes juga disiasat mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana menggunakan atau memasukkan dadah berbahaya ke dalam tubuh badan dan jika disabit kesalahan boleh dipenjara hingga tidak lebih dua tahun atau didenda tidak melebihi RM5,000.

"Siasatan juga dijalankan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cuba membunuh orang dan jika disabit kesalahan boleh dihukum penjara selama tempoh sehingga 10 tahun dan hendaklah juga dikenakan denda dan jika perbuatan itu menyebabkan cedera kepada mana-mana individu, maka pesalah hendaklah dipenjara sehingga 20 tahun." katanya menerusi kenyataan media semalam.

Beliau berkata, permohonan reman terhadap ketiga-tiga suspek di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah akan dilakukan hari ini.

Katanya, pihaknya juga sedang mengesan seorang lagi suspek masih bebas iaitu lelaki warga tempatan dikenali Mohd Syakirin Mohd Samsudin berusia 25 tahun."Sebarang maklumat boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Kanan Jenayah Asisten Superintendan ASP Mohd Afzan Musa di talian 016-2956969," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2024/07/1273280/kereta-rempuh-kenderaan-polis-3-ditahan-seorang-lagi-diburu?utm_source=BHWhatsAppChannel&utm_medium=Traffic&utm_campaign=News

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...