Khamis, 23 Januari 2020

#HIMPUNAN 220220 - 10 TUNTUTAN 100 HARI ATAU BUBAR PARLIMEN!


GABUNGAN KUASA RAKYAT mengemukakan 10 TUNTUTAN berikut terhadap Kerajaan bersempena Himpunan 220220. 10 Tuntutan ini berdasarkan kegagalan pentadbiran Kerajaan pimpinan Pakatan Harapan.

Kerajaan pimpinan Pakatan Harapan harus MEMENUHI 10 TUNTUTAN INI DALAM TEMPOH 100 HARI bermula dari Himpunan 220220.

Sekiranya gagal memenuhi 10 Tuntutan ini, GABUNGAN KUASA RAKYAT MENDESAK AGAR PARLIMEN DIBUBARKAN SERTA-MERTA supaya Rakyat boleh memilih Kerajaan baharu yang lebih layak memegang mandat:

1.    Bertanggungjawab terhadap KEGAGALAN MEMIMPIN DAN MENTADBIR NEGARA.
a.    Perdana Menteri dan Kabinet Malaysia wajib meletakkan jawatan.
b.    Barisan kepimpinan yang baharu harus bebas daripada sebarang skandal, baik dari segi kewangan mahupun moral seperti seks, penyalahgunaan dadah dan sebagainya.

2.    Bertanggungjawab ke atas KEDAULATAN UNDANG-UNDANG DAN MARUAH INSTITUSI YANG TERCEMAR.

a.    Ketua Pesuruhjaya SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), Pengerusi SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia) dan Peguam Negara yang cenderung mengundang persepsi negatif pada masa ini wajib meletakkan jawatan.
b.    Institusi-institusi seperti SPRM, SPR serta Jabatan Peguam Negara wajib bebas daripada pengaruh politik dan bukannya dijadikan senjata politik mana-mana pihak.
c.    Cadangan pelantikan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Pengerusi SPR dan Peguam Negara wajib melalui sesi pemilihan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) yang dianggotai oleh gabungan ahli-ahli Parlimen Pembangkang dan Kerajaan.
d.    KBDYMM YANG DI-PERTUAN AGONG MEMPUNYAI KUASA MUTLAK dalam menolak atau menerima cadangan pelantikan tersebut. Perdana Menteri tidak dibenarkan untuk campur tangan dalam pemilihan ketiga-tiga jawatan tersebut.

3.    Menangani KRISIS EKONOMI DAN KEWANGAN NEGARA yang semakin merudum disebabkan keculasan Kerajaan pimpinan Pakatan Harapan.

4.    Menyelesaikan ISU BERKENAAN RAJA-RAJA MELAYU SERTA POLEMIK ANTARA AGAMA DAN KAUM yang KIAN meruncing di bawah Kerajaan pimpinan Pakatan Harapan.

5.    Menyelesaikan isu KOS SARA HIDUP YANG MELAMBUNG di bawah Kerajaan pimpinan Pakatan Harapan.

6.    Menyelesaikan isu KEBAJIKAN RAKYAT yang terabai di bawah Kerajaan pimpinan Pakatan Harapan.

7.    Memulakan PELAN TINDAKAN REALISTIK UNTUK ORANG MUDA / BELIA dengan kadar SEGERA.

8.    Mengagihkan PERUNTUKAN KEWANGAN SETARA UNTUK SEMUA AHLI PARLIMEN DAN ADUN samada ahli terdiri daripada pihak Pembangkang, Kerajaan mahupun bebas.

9.    Menunaikan MANIFESTO PRU14 DAN MENGGUBAL UNDANG-UNDANG KHAS UNTUK MEWAJIBKAN MANIFESTO DITUNAIKAN.

10.  Memulihkan HUBUNGAN DIPLOMATIK ANTARABANGSA yang terjejas teruk di bawah Kerajaan pimpinan Pakatan Harapan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...