Rabu, 11 Julai 2018

PEMERINTAHAN MAHATHIR UJUDNYA SYAITAN BERTOPENGKAN MANUSIA......!!!


KUALA LUMPUR - Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) memohon pihak berkuasa mengambil tindakan sewajarnya terhadap AKTIVIS HAK ASASI MANUSIA FADIAH NADWA FIKRI yang mempersoalkan mengapa perlu meneruskan dengan sistem beraja yang tidak lagi wujud di kebanyakan bahagian dunia di zaman ini.

Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan Syed Ali berkata, tindakan undang-undang harus dikenakan terhadap Fadiah yang juga peguam hak asasi manusia agar tidak mempengaruhi masyarakat untuk menghapuskan kuasa dan kedudukan Yang di-Pertuan Agong.

"Saya juga memohon agar POLIS SUPAYA BERTINDAK DENGAN SEGERA  TERHADAP FADIAH. Jikalau tidak dibendung, dia akan mempengaruhi orang lain terutama orang muda. Itu sudah dikira menghasut," katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Putra di sini, hari ini terhadap aktivis itu.

Beliau juga menzahirkan perasaan terkejut kerana isu sensitif seperti itu dilontarkan oleh bangsa Melayu sendiri dan bukannya kaum lain.

"Ini amat mengejutkan, apatah lagi isu seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), pusat-pusat tahfiz, Sijil Peperiksaan Bersama (UEC) dan lain-lain disuarakan oleh kaum Melayu sendiri. Apa nak jadi? Adakah mereka faham apa yang mereka lakukan?," tanya beliau.

Sementara itu, Ketua Penerangan Perkasa Datuk Roslan Kasim berkata perbuatan itu seperti cuba menjolok sarang tebuan dan dengan itu tindakan harus diambil mengikut Akta Hasutan agar perbuatan itu tidak merebak dalam kalangan masyarakat.

Fadiah didakwa berkata demikian dalam artikel terbitan l bertajuk "Don't Kiss The Hands That Beat You" yang mengulas sekeping gambar Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mencium tangan Sultan Ibrahim Ibni Sultan Iskandar semasa beliau menghadap Sultan Johor itu selepas Pilihan Raya Umum ke-14 Mei lepas . - Bernama


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...