Sabtu, 9 April 2016

Kalut ular tedung masuk asrama, pelajar UniSZA hampir kena patuk

KUALA TERENGGANU - Hayat seorang pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) kampus Tembila di sini ternyata panjang apabila dia terselamat daripada menjadi mangsa patukan ular tedung selar yang memasuki bilik asra­manya tiga hari lalu.
Dalam kejadian pukul 10 pagi itu, pelajar lelaki itu difahamkan baru bangun daripada tidur dan terpe­ranjat besar apabila melihat reptilia yang berukuran kira-kira tiga meter (m) sedang ‘menyelinap’ masuk melalui pintu biliknya.
Cemas dengan keadaan itu, remaja yang berusia 20-an itu bertindak dengan keluar melalui tingkap di tingkat satu di bangunan empat tingkat asrama itu bagi menyelamat diri.
Difahamkan, ular itu dipercayai datang dari kawasan hutan berhampiran.
Ular tedung selar merupakan ular berbisa terbesar di dunia, mampu mencapai panjang sehingga 5.58 m dan boleh mencapai berat hingga 10 kilogram. - K! ONLINE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...