Rabu, 2 September 2015

'Night Market' bernilai RM13.8j dibina di T'ganu

KUALA TERENGGANU - Kerajaan Terengganu akan membina satu kawasan perniagaan moden dikenali sebagai 'Night Market' melibatkan peruntukan kira-kira RM13.9 juta di atas tapak seluas 1.7 ekar di Kampung Tanjung di sini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, projek yang dijangka siap dalam tempoh 12 bulan itu bertujuan memberi peluang kepada peniaga di bandar itu berniaga dengan tempat yang lebih selesa.

"Night Market Eksklusif itu terletak di tempat strategik iaitu berhampiran dengan jambatan buka-tutup yang sedang dibina yang menghubungkan muara utara dengan muara selatan di Bandaraya Kuala Terengganu.


"Ia juga terletak di kawasan laluan pelancong untuk ke Pasar Payang dan pusat bandar dan apabila beroperasi nanti sudah tentu dapat menambat orang ramai yang melalui jalan berkenaan untuk berbelanja di situ," katanya kepada pemberita selepas majlis perletakan batu asas Night Market Kampung Tanjung yang turut dihadiri Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Osman Muda dan Datuk Bandar MBKT Datuk Mohamad Kamil Othman.

Ahmad Razif berkata, apabila siap kelak Night Market mempunyai 34 unit gerai setingkat, 58 unit petak perniagaan, tandas awam serta sebuah manara jam besar yang bercirikan bersih dan moden.

Katanya Night Market yang dibuka tujuh hari seminggu memulakan perniagaan setiap hari pada 3 petang hingga 12 tengah malam akan dibahagi kepada tiga kategori peniaga.

"Kita harap dengan adanya Night Market ini ia dapat menambah pendapatan peniaga di bandar ini dan seterusnya mengukuhkan lagi ekonomi rakyat Terengganu," katanya. - 


Sumber: Klik Disini
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...