Khamis, 21 Mei 2015

Kerakusan Nelayan haram semakin berani



PUKAT CERUT MENGGUNAKAN SAMPAN dan TIADA LESEN bermaharajalela di perairan Pulau Kapas dan Dungun, termasuk PUKAT KAYA.

Sikap segelintir nelayan di daerah ini yang menangkap ikan tanpa lesen dilihat semakin berani, malah didakwa mendatangkan masalah kepada nelayan lain terutama nelayan bot besar.


Seorang nelayan, Mazlan Abdullah, 52 berkata, isu nelayan tanpa lesen boleh mendatangkan masalah besar jika tidak dibendung atau dikenakan tindakan.

Menurutnya, dia hampir bertumbuk dengan seorang nelayan haram ketika keluar menangkap ikan di tengah laut beberapa hari lalu.


“Masalah nelayan tanpa lesen menangkap ikan bukan satu perkara baru dan ia sudah lama berlaku.

“Kita nelayan berdaftar tidak akan ambil kisah sangat tetapi jika sudah mengganggu atau membuat kacau ia menyusahkan kami.

“Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah malam baru-baru ini, saya bersama rakan-rakan hendak labuhkan pukat tetapi didapati rumah api dipadamkan dipercayai dilakukan oleh awak-awak bot nelayan tanpa lesen," katanya kepada Sinar Harian.

Kata Mazlan, dia bertanya kepada awak-awak berkenaan adakah dia yang memadamkan rumah api berkenaan tetapi dia menjawab dengan kasar.


“Dia mengugut ingin menetak saya tetapi saya pun membalas yang saya juga mempunyai parang dan tidak takut dengannya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...