Khamis, 5 April 2012

LAWATAN PESAKIT KRONIK & MISKIN KAWASAN SEBERANG MARANG, RHU MUDA DAN PULAU KERENGGA


En. Othaman bin Mamat bersama Tuan Haji Nik Dir dirumahnya 

Marang 03/04/2012 - Disebelah petangnya bermula jam 3.00 pm, Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang dengan disertai Pegawai JKM Daerah Marang, Pemuda dan Wanita UMNO Rhu Rendang telah mengadakan lawatan serta menyampaikan bantuan wang tunai dan barangan keperluan harian kepada beberapa keluarga pesakit kronik serta miskin di sekitar kawasan Seberang Marang, Kg. Rhu Muda dan Pulau Kerengga.


Rabu, 4 April 2012

LAWATAN PESAKIT KRONIK DAN KELUARGA MISKIN DI DUN RHU RENDANG

Puan Sulong, 93 th, telah kembali ke rahmatullah pada ptg. 4/4/2012 - Alfatihah

Marang 02/04/2012 - Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang dengan disertai Pegawai JKM Daerah Marang, Pemuda dan Wanita UMNO Rhu Rendang telah mengadakan lawatan serta menyampaikan bantuan wang tunai dan barangan keperluan harian kepada beberapa keluarga pesakit kronik serta miskin di sekitar kawasan Rhu Rendang, dan Rusila.

Undi orang muda kembalikan kawasan pembangkang : Saiful



Undi `orang muda’ amat penting dan diperlukan bagi memastikan PRU (Pilihan Raya Umum Ke-13) memihak kepada Barisan Nasional (BN) dan merampas kembali Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dikuasai Pas termasuk di Parlimen Marang,” kata Ketua Pergerakan Pemuda Umno Perhubungan Negeri Terengganu, Encik Saiful Bahri Baharuddin, semalam (1 April).

Isnin, 2 April 2012

NELAYAN MARANG MEMBERI SOKONGAN PADU KEPADA BN



Kerajaan negeri tetap membantu nelayan di Marang dengan menyediakan pelbagai bantuan dengan kos melebihi jutaan ringgit bagi memastikan golongan itu dapat meneruskan kelangsungan hidup walaupun menyedari majoriti mereka tidak memihak kepada kerajaan.

Pegawai Pembangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang, Haji Nik Dir Nik Wan Ku, berkata majoriti kumpulan nelayan di Marang adalah penyokong pembangkang dan jika dibuat perbandingan daripada 1,000 nelayan, kira-kira 700 daripada mereka memilih Pas.


Ahad, 1 April 2012

MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE 29 DAN MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2012 SMK TENGKU LELA SEGARA


Marang 31/03/2012 - Mesyuarat Agung PIBG Kali ke 29 & Penyampaian Anugerah Cemerlang 2012 Sekolah Menengah Kebangsaan Tengku LELA Segara telah diadakan pada hari ini di Dewan Mutiara Budi SMKTLS, bermula jam 9.00 pagi.

PAS TIDAK MAMPU UNTUK MEMBANGUNKAN MARANG SEJAK 30 TAHUN MENERAJUINYA


Image Detail


Pusat Bandar Marang dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Rhu Rendang merupakan antara bandar yang paling ketinggalan di segi pembangunan sejak 30 tahun lalu kerana berada di bawah pemerintahan pembangkang.


“Rhu Rendang antara kawasan yang paling ketinggalan dalam arus pembangunan dan segala yang dikecapi hari ini merupakan `ehsan’ daripada Kerajaan Pusat.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...