Rabu, 7 Mac 2012

Mengundi Anwar Ibarat Menempah Bilik Neraka!

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu tidak pernah terlepas daripada perhatian ramai. Ada sahaja isu dan kontroversi membabitkan beliau.


Salah satu isu yang pernah mengemparkan tanahair mengaitkan beliau dengan seorang suri rumah beberapa tahun lalu, hangat kembali diperkatakan kebelakangan ini. Ini ekoran tersiarnya menerusi blog apa yang dikatakan sebagai 'rakaman perbualan berbau seks' antara beliau dan wanita berkenaan.

Selasa, 6 Mac 2012

KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG MSSD MARANG 2012 KALI KE 21


Rhu Rendang 05/03/2012 - Kejohanan Balapan dan Padang Majlis Sukan Sekolah Daerah Marang 2012 kali ke 12 berlangsung di Padang SMK Marang/SK Bukit Gasing bermula hari ini sehingga 08/03/2012. Sejumlah 29 buah Sekolah Menengah dan 13 buah Sekolah Kebangsaan mengambil bahagian didalam kejohanan yang diadakan.

Isnin, 5 Mac 2012

Gagasan Terengganu dilancar

Image Detail
Pertubuhan Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (Gagasan) dilancar secara rasmi di negeri ini semalam.

Pelancarannya disempurnakan oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Jailani Ngah sambil disaksikan oleh Pengerusi Gagasan negeri, Dato' Mohd Nasir Ibrahim Fikri.

Ahad, 4 Mac 2012

ANUAR DIHALAU KELUAR DARI MALAYSIA !!!!


NGO lapor polis Ketua Pembangkang maki kaum India


Sebuah pertubuhan bukan kerajaan, Alternative Action Team (AAT) hari ini membuat laporan polis berhubung kata-kata kesat terhadap kaum India yang dikeluarkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika berceramah di Bagan Pinang, Negeri Sembilan pada 2009.

Laporan itu dibuat Presidennya, B. Kalai Vanar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini kira-kira pukul 2 petang, selepas menonton dua rakaman ceramah yang disiarkan dalam laman Youtube minggu lalu.

Sabtu, 3 Mac 2012

BR1M Terengganu RM87 juta


Lebih RM87 juta diperuntukkan Kerajaan Pusat untuk diagihkan kepada hampir 175,000 orang yang layak menerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) di seluruh negeri Terengganu.

Sehingga ini, kira-kira 80 peratus daripada penerima bantuan RM500 setiap orang, sudah menerima bantuan masing-masing manakala selebihnya akan mendapat habuan mereka tidak lama lagi.

Jumaat, 2 Mac 2012

KEBAKARAN DUA BUAH RUMAH DI RHU RENDANG, MARANG


Rhu Rendang 01/03/2012 - Kebakaran melibatkan dua buah rumah berdekatan di Rhu Rendang, Marang mengakibatkan En. Ngah bin Ibrahim, 69 tahun sekeluarga hilang tempat tinggal dimana keseluruhan rumahnya dijilat api, tanpa dapat menyelamatkan hartabenda dengan sehelai sepinggang. Namun begitu En. Salleh bin Ibrahim, 54 tahun rumah bersebelahan api berjaya dipadamkan oleh pihak Bomba dan Penyelamat serta dibantu oleh Polis, JPAM dan penduduk kampong.

Khamis, 1 Mac 2012

PERASMIAN MESYUARAT AGUNG PIBG SK BUKIT GASING KALI KE 9/2012


Rhu Rendang 29/02/2012 - Perasmian Mesyuarat Agung PIBG Sekolah Kebangsaan Bukit Gasing, Marang, Terengganu berlangsung di Dewan Al-Ghazali, yang telah disempurnakan oleh Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang, Tuan Haji Nik Dir bin Nik Wan Ku, turut mengadakan Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang peperiksaan UPSR tahun 2011 kepada 17 orang pelajar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...