Selasa, 17 Disember 2024

PENGURUSAN TIDAK TERATUR MDM MARANG DIKAWASAN PELANCONGAN

 

Video ini dipaparkan adalah untuk kepentingan bersama dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab kepada masyarakat setempat demi menyahut saranan yang dibuat iaitu "INDAHNYA MARANG".  

Tetapi sebaliknya apa yang berlaku ketika ini, berlebih2 lagi setelah bertukar pemerintah, nampaknya menjadi kelam kabut, ambil tindakan sesuka hati oleh individu2 tertentu.  

Tindakan ini jika tidak dibendung akan merebak diseluruh daerah Marang yang akan menjadi "CARCA MERBA" oleh pihak2 yang ada kepentingan peribadi.

Diharap perkara ini diambil tindakan segera sebelum "LEBIH PARAH".

Selasa, 10 Disember 2024

MB KEDAH DITAHAN DI MONT KIARA

 


Kuala Lumpur: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor, Ditahan Di Sebuah Hotel Di Mont Kiara, Di Sini, Awal Pagi Tadi.

Beliau ditahan oleh sepasukan polis dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) dan Bahagian Jenayah Gangsterim (D7), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, kira-kira jam 2.30 pagi.

Muhammad Sanusi yang ditahan ketika berada dalam sebuah bilik di tingkat 33A, di hotel berkenaan.

Beliau kemudian dibawa menaiki sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Fortuner milik pasukan polis diiringi kenderaan polis lain ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.

https://www.bernama.com/bm/news.php?id=2207503

Isnin, 2 Disember 2024

MANGSA KONSPIRASI PADA TAHUN 1998 - TUN SALLEH ABAS , DS ANUAR DAN DS NAJIB

 


Sepatutnya Najib berkata, "bukan sahaja Anwar yang pernah menjadi mangsa konspirasi pada tahun 1998, tetapi nasib Tun Salleh Abas juga serupa.

Syabas diucapkan kepada Najib kerana mengeluarkan satu kenyataan yang "POWER" dan membuka minda semua pihak untuk mengetahui PERANAN FIRAUN FIRAUN MALAYSIA untuk mempertahankan kuasanya pada zaman kegemilangan beliau sebelum ini.

Menerusi perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, Najib berkata, Anwar Ibrahim, pernah menjadi mangsa konspirasi dan pendakwaan terpilih yang bermotifkan politik.

Sepatutnya semua pihak terutama Anwar perlu memahami situasi tersebut.

Najib berkata, 21 tuduhan penyalahgunaan kuasa dan pengubahan wang haram terhadap beliau yang melibatkan dana RM2.27 bilion dari 1MDB adalah bermotifkan politik.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...