Rabu, 27 April 2016

Kemelut Terengganu Dijangka Selesai

KUALA TERENGGANU – Kemelut  yang melanda Negeri Terengganu yang melibatkan isu penarikan gelaran dan darjah kebesaran kepada Menteri Besar, Ahmad Razif Abdul Rahman dijangka akan dapat diselesaikan.

Menurut sumber kerajaan negeri perkara itu merupakan isu salah faham dan dijangka bakal selesai dalam masa terdekat.

“Tak, isu kecil dan laporan berita tersebut banyak yang tak betul dan perkara ini dijangka akan dapat diselesaikan dalam masa terdekat.

“Pada saya apa pun kita sepatutnya tunggu kenyataan rasmi dari pihak Istana Terengganu, mohon jangan sebarkan spekulasi,” katanya yang meminta agar identitinya dirahsiakan.

Terdahulu, Sultan Terengganu dikatakan murka terhadap ucapan Menteri Besar itu ketika mengiringi Baginda solat Jumaat kelmarin


Selasa, 26 April 2016

Najib akan menghadap Sultan Terengganu selesai isu MB

Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual menghadap Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin dalam masa terdekat berhubung perkembangan terkini di negeri itu.

Sehubungan itu Perdana Menteri berharap semua pihak tidak membuat spekulasi berhuhung kedudukan Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman.

"Selepas majlis menghadap itu saya akan keluarkan kenyataan. Saya berharap kita tidak membuat spekulasi yang bukan-bukan.

"Kerajaan Terengganu akan berjalan seperti biasa. Apa-apa perkembangannya akan saya maklumkan kemudian," katanya yang dipetik mStar Online.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas spekulasi mengenai penarikan balik darjah kebesaran termasuk 'Datuk Seri' oleh pihak istana kepada Ahmad Razif.

Isnin, 25 April 2016

Terengganu Berhadapan Pilihan Raya Negeri (PRN) Selepas #PRN Sarawak


KUALA LUMPUR – Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein menggesa semua pihak supaya bertenang berikutan persoalan terhadap kemungkinan hubungan tegang di antara istana dan Menteri Besar Terengganu Ahmad Razif Abdul Rahman.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas spekulasi mengenai keputusan Sultan Mizan Zainal Abidin yang dilaporkan telah menarik kembali semua gelaran rasmi yang diberikan kepada Razif.

“Saya minta semua bertenang. Kita belum tau apa perkembangan sebenarnya (Di Terengganu).

“Tetapi selaku mantan Pengerusi Perhubungan Umno Terengganu, ini bukan satu perkara yang tak pernah kita lalui. Yang penting sekarang adalah untuk pastikan apa dia perkara yang boleh pecah-belahkan kita, kita kurangkan,” kata menteri pertahanan itu selepas pelancaran Program Khidmat Negara 2.0 di KLCC Kuala Lumpur.

Sabtu, 23 April 2016

RTC Bukti Kerajaan Tidak Pinggir Masyarakat Luar Bandar

DUNGUN, 23 April (Bernama) -- Kewujudan 10 Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di seluruh negara membuktikan kerajaan tidak meminggirkan masyarakat luar bandar dalam arus pembangunan negara, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata kerajaan sentiasa berusaha melakukan perimbangan dari segi pembangunan dan perkhidmatan kepada rakyat sama ada di bandar mahupun luar bandar.

"Di luar bandar adalah pusat kuasa rakyat ... di mana orang luar bandar menjadi pendukung utama kerajaan yang ada hari ini, ertinya kerajaan tidak melupakan orang luar bandar.

Khamis, 21 April 2016

Dr Mahathir Berselindung Di Sebalik Alasan Cuba Selamatkan UMNO

KUALA LUMPUR – Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berselindung di sebalik alasan kononnya setiap tindakannya adalah demi kebaikan UMNO, kata Menteri Komunikasi dan Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak semalam.

Dalam catatan di blognya (sskeruak.blogspot.com), Salleh berkata sebenarnya Dr Mahathir berbuat sebaliknya.

“Bagaimana pula bersekongkol dengan penasihat DAP Lim Kit Siang, yang paling tidak sukakan UMNO, dan juga anggota pembangkang yang lain, dianggap demi kebaikan UMNO? Adakah dengan membakar rumah, satu tindakan untuk membaiki rumah itu?” katanya.

Ahad, 17 April 2016

Empat lagi memeluk Islam pada ceramah Zakir

KUALA LUMPUR - Selepas seorang gadis bukan Islam memeluk Islam pada ceramah pendakwah terkenal dari India Dr Zakir Naik di Kemaman Khamis lepas, empat lagi mengucapkan dua kalimah syahadah pada ceramah ilmuan Islam itu di Stadium Hoki Bukit Jalil di sini malam tadi.
Seorang daripada mereka ialah Hurender Bal Singh, 23, dari India yang membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan penjelasan diberikan Zakir berhubung bukan Islam memeluk agama Islam untuk berkahwin.
Sebelum membimbing lelaki itu mengucapkan dua kalimah syahadah, Zakir berulang kali bertanyakan kepadanya jika ada sesiapa yang memaksanya memeluk agama Islam.

Selasa, 12 April 2016

Remaja India Rayu Jangan Halang Dakwah Zakir Naik

KUALA LUMPUR – Seorang mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS), Risimaran Subramaniyam merayu pihak berkuasa membenarkan pendakwah bebas dari India, Dr Zakir Naik untuk berdakwah.

Risimaran melalui laman Facebook menyifatkan ceramah yang disampaikan oleh Zakir Naik amat mudah untuk difahami sekaligus menyebabkan masyarakat saling menghormati antara satu sama lain.

“Saya telah mendengar ceramah Dr Zakir sejak saya berumur 14 tahun, jelas gila kalau dengar ceramah dia kat Youtube. Bagi tahu saya siapa yang mampu untuk ingat keseluruhan versi kitab agama yang ada di dunia ini seperti Al-Quran, Bhagavad Gita, Tripitaka, Bible Penjanjian Lama dan Baru, semuanya (Zakir Naik) dah dikhatam, bukan setakat baca tapi khatam.

Isnin, 11 April 2016

CERAMAH DR ZAKIR NAIK: Pelajar Perubatan Tanya Soalan Bangang

Saya baru balik daripada kuliah Dr Zakir Naik di Stadium Tertutup Gong Badak. Ada pulak pelajar perubatan tanya soalan bangang. Soalan dia, "Kenapa kerajaan tidak menghargai pelajar perubatan seperti dia yang mungkin akan menemui penawar penyakit kanser?

Kerajaan mengenakan caj pengajian yang tinggi hingga memaksa pelajar sepertinya berhutang dan menanggung riba." Soalan si gadis itu diberi tepukan gemuruh dan sorakan oleh penonton (mungkin daripada student juga).

Sabtu, 9 April 2016

Kalut ular tedung masuk asrama, pelajar UniSZA hampir kena patuk

KUALA TERENGGANU - Hayat seorang pelajar Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) kampus Tembila di sini ternyata panjang apabila dia terselamat daripada menjadi mangsa patukan ular tedung selar yang memasuki bilik asra­manya tiga hari lalu.
Dalam kejadian pukul 10 pagi itu, pelajar lelaki itu difahamkan baru bangun daripada tidur dan terpe­ranjat besar apabila melihat reptilia yang berukuran kira-kira tiga meter (m) sedang ‘menyelinap’ masuk melalui pintu biliknya.
Cemas dengan keadaan itu, remaja yang berusia 20-an itu bertindak dengan keluar melalui tingkap di tingkat satu di bangunan empat tingkat asrama itu bagi menyelamat diri.
Difahamkan, ular itu dipercayai datang dari kawasan hutan berhampiran.
Ular tedung selar merupakan ular berbisa terbesar di dunia, mampu mencapai panjang sehingga 5.58 m dan boleh mencapai berat hingga 10 kilogram. - K! ONLINE

Jumaat, 8 April 2016

Rakyat mula sedar helah pembangkang

Yang pastinya, rasa kecewa dan ngeri terhadap hala tuju politik negara nampaknya mula menggigit kesejahteraan rakyat. Keadaan ekonomi dunia yang suram jelas diputar oleh pembangkang demi menanam persepsi bahawa Malaysia negara yang paling teruk terkena kesannya. 

Apa sahaja kesempatan dan peluang akan digonggong seerat mungkin oleh pembangkang untuk menggambarkan betapa pimpinan negara begitu berdosa dan lemah hingga mengakibatkan kemurungan ekonomi ini. 

Pembantaian terhadap wibawa kerajaan disebarluaskan dalam setiap kesempatan untuk meluruhkan sendi politik kerajaan. Nama Malaysia pun ditaburkan pelbagai satu keburukan.

Khamis, 7 April 2016

"Tidak Ada Masa Nak Layan, Tumpu Kebajikan Rakyat"

KUALA TERENGGANU - "Kita tidak ada masa nak layan itu semua, apa dia nak kata, katalah ... yang penting sekarang kita mahu terus  maju ke hadapan dan jaga kebajikan rakyat".

Demikian ditegaskan Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman ketika diminta mengulas kenyataan Adun Kijal Datuk Seri Ahmad Said di Kemaman minggu lepas yang mendakwa kini Ahmad Razif sedang menghitung hari untuk diturunkan daripada jawatan menteri besar.

Katanya berkata beliau tidak akan mengambil peduli mengenai apa yang diperkatakan oleh bekas menteri besar itu kerana menganggap isu berkenaan telah berakhir dan akan memberi perhatian untuk memajukan Terengganu demi kesejahteraan rakyat.

Rabu, 6 April 2016

PM Makin Kukuh, Kajian Firma Risiko Antarabangsa

TOKYO – Firma kewangan antarabangsa yang aktif membuat kaji selidik mengenai risiko pelaburan, Kumpulan Nomura, mendedahkan kedudukan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia kekal kukuh.

Dalam laporan terbaharunya kepada pelanggan-pelanggan syarikat terkenal Jepun tersebut, imej pemimpin Malaysia itu didapati lebih kuat selepas pakatan pembangkang gagal menarik sokongan rakyat akhir-akhir ini.

Menurut laporan kajian risiko Nomura itu, penyertaan Tun Dr. Mahathir Mohamad bersama-sama dengan ramai pemimpin pembangkang dalam usaha menjatuhkan Najib sebenarnya langsung tidak mengugat kedudukan Najib.

Isnin, 4 April 2016

Masa depan politik Mat Nelang akan berakhir

Adun Kijal, Mat Nelang mendakwa Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman kini sedang menghitung hari untuk diturunkan daripada jawatan Menteri Besar dan mesej ini ditujukan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak untuk mengadap Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin sebaik sahaja Tuanku pulang dari luar negara untuk meminta (perkenan) pertukaran menteri besar itu.

Menurut Mat Nelang jangan sampai Tuanku isytihar bubar DUN dan jika itu berlaku BN akan tewas pada PRN kali ini.

Dengan nada bersungguh sungguh Mat Nelang mengingatkan Perdana Menteri jangan main main dan dia akan dedahkan perkara besar berhubung MB Terengganu dan menurut Mat Nelang ini akan merugikan rakyat Terengganu sendiri sekiranya PRN diadakan.

Hakikatnya Mat Nelang cukup risau waktu ini. Jika MB Terengganu dengan restu PM memutuskan untuk mengadakan PRN bagi negeri Terenganu. Sudah pastinya Mat Nelang akan tersingkir dari menjadi calon BN dan pastinya akan dipecat dari parti UMNO.

Sabtu, 2 April 2016

HEBAT: Ribuan Hadir Pelancaran Kelab Penyokong Pakatan Harapan Malaysia


KUALA LUMPUR – Majlis pelancaran Kelab Penyokong Pakatan Harapan Malaysia yang diadakan pagi tadi hanya dihadiri oleh 20 orang tetamu.

Majlis tersebut dirasmikan oleh Pengerusi Parti Amanah Negara Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.

Berdasarkan jemputan yang diterima pihak media, majlis tersebut sepatutnya dirasmikan oleh Pengerusi Parti Amanah Negara (AMANAH) Mohamad Sabu.

Mat Sabu bagaimanapun tidak hadir atas sebab-sebab yang tidak dinyatakan.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...