Sabtu, 30 Januari 2016

Hebat: Panjang umur kerana merokok

KATHMANDU - NEPAL . Seorang wanita yang kini berusia 112 tahun mendakwa rahsianya panjang umur adalah kerana tabiatnya merokok sebanyak 30 batang rokok sehari sejak 95 tahun lalu.

Batuli Lamichhane dilahirkan pada Mac 1903 dan mula merokok ketika usianya 17 tahun.

Batuli mendakwa tabiat hariannya itu membantunya hidup lebih lama daripada penduduk kampungnya malah anaknya sendiri.

Jumaat, 29 Januari 2016

Malaysia telah menjadi sasaran pengganas ???

PETALING JAYA: Derma politik RM2.6 bilion yang dibuat kepada Datuk Seri Najib Tun Razak adalah sebahagian daripada inisiatif Arab Saudi untuk membiayai pemimpin-pemimpin Islam yang mengamalkan kesederhanaan dalam perjuangan mereka menentang ekstremisme, menurut seorang wartawan yang berpangkalan di Britain.

Con Coughlin, kolumnis untuk The Telegraph berkata berdasarkan hasil siasatan Peguam Negara baru-baru ini, kesimpulan dapat dibuat ke atas wang yang didepositkan ke dalam akaun Perdana Menteri itu di mana ia mungkin menjadi bukti yang mendedahkan perang rahsia yang dilancarkan oleh Arab Saudi terhadap ekstremisme Islam.

"Sejak kemunculan kumpulan Negara Islam di Syria dan Iraq, pengkritik sayap kiri seperti pemimpin parti Buruh Jeremy Corbyn secara konsisten menuduh Arab Saudi membiayai Isil dan kumpulan ekstremis lain.

Khamis, 28 Januari 2016

OTAK MAHATHIR SEMAKIN BERCELARU

PETALING JAYA: Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau sentiasa menjangkakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak bersih daripada sebarang kesalahan jenayah.

Tetapi keputusan oleh Peguam Negara itu yang membebaskan Najib berhubung SRC International dan derma RM2.6 bilion menimbulkan lebih banyak persoalan daripada jawapan.

Bekas Perdana Menteri berkata ia sudah menjadi sesuatu yang tidak adil apabila Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali bertindak sebagai hakim dan pendakwa raya dalam kes ini.

Rabu, 27 Januari 2016

KUMPULAN TERTENTU DIKESAN LABEL PDRM PROSYIAH UNTUK CETUS KETEGANGAN

Kuantan, 26 Jan - Polis mengesan terdapat kumpulan dan individu tertentu telah melabelkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan kerajaan sebagai proSyiah apabila bertindak memerangi habis-habisan kumpulan pengganas Daesh di negara ini.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman, Dato' Ayub Khan Mydin Pitchay yang mendedah perkara itu berkata tindakan itu bertujuan untuk menimbulkan ketegangan di negara ini.

"Apabila kita (polis) dilabel sebagai (pro)Syiah, darah kita halal dan kita boleh dibunuh. Itu tindakan bahaya dan taktik inilah yang digunakan oleh kumpulan pengganas Daesh. Ia seolah-oleh memberi asas kepada penyokong kumpulan pengganas Daesh di negara ini untuk melakukan pembunuhan," katanya.

Selasa, 26 Januari 2016

Dapur rumah dihanyut ombak

KUALA NERUS: "Dapur rumah tiba-tiba dipukul ombak dan hanyut. Saya bersama isteri serta anak perempuan berlari sekuat hati, tinggalkan rumah," kata seorang penduduk di Kampung Mengabang Telipot di sini. 

Abdullah Mat Isa, 52, berkata demikian ketika menceritakan kejadian air pasang besar yang meranapkan kediamannya yang diduduki sejak 19 tahun lalu. 

"Sebelum ini memang selalu angin kuat dan ombak besar melanda kampung ini, cuma yang berlaku semalam sangat menakutkan dan sangat luar biasa. Angin mula kuat dan ombak besar mulai pukul 5 petang semalam dan kemuncaknya dapur rumah saya dihanyutkan ombak pada 9.30 malam. "Kami terus berlari meninggalkan rumah dan menumpang di rumah ibu di Kampung Padang Kemunting, tidak jauh dari sini untuk menyelamatkan diri," katanya kepada pemberita ketika ditemui di kawasan rumahnya di sini hari ini. 

Jumaat, 22 Januari 2016

INILAH DIA DIKATAKAN PEMIMPIN CAP AYAM

Tiada Tindakan Disiplin Terhadap 14 Ketua Umno Bahagian Kedah - Tengku Adnan


KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor hari ini berkata tidak ada keperluan untuk mengambil tindakan disiplin terhadap 14 orang Ketua UMNO Bahagian di Kedah.
Beliau berkata Ibu Pejabat UMNO telah memantau sidang media oleh ketua-ketua bahagian itu di Alor Setar semalam, yang meminta presiden parti, Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan perubahan ke atas kepimpinan tertinggi parti di negeri itu.

"Mereka berharap agar Presiden UMNO dapat segera membuat perubahan demi kelangsungan parti dan kepentingan rakyat negeri itu," katanya dalam kenyataan di sini.

Isnin, 18 Januari 2016

MULUT CELUPAR PERLU DIAJAR

Kicap Tirana saman Azwan Ali

PETALING JAYA, 18 JanuariSelebriti terkenal tanah air, Azwan Ali bakal berhadapan tindakan saman oleh syarikat pengeluar kicap milik Bumiputera, Tirana Products Sdn Bhd sekiranya tidak menarik balik kenyataan yang mencemarkan imej syarikat terbabit, sebelum 26 Januari ini.

Menurut peguam yang mewakili syarikat berkenaan, Adnan Seman, pihak beliau telah memberikan notis tuntutan kepada Azwan pada 12 Januari yang lalu dengan beberapa tuntutan yang antaranya ialah menarik semula kenyataan dan video-video yang dimuat naik di laman sosial Instagramnya dalam tempoh 14 hari selepas menerima notis tersebut.

Selasa, 12 Januari 2016

Padah curi 60 ekor ayam

KUALA TERENGGANU - Mahkamah Majistret di sini, semalam menjatuhkan hukuman denda RM10,000 terhadap pasangan suami isteri selepas mengaku salah mencuri 60 ekor ayam.

Hussin Omar, 53, yang bekerja sebagai penternak ayam dan Rosina Mohamad, 56, juga bakal berdepan hukuman penjara enam bulan jika gagal membayar denda berkenaan.
Pasangan berkenaan melakukan kesalahan itu pada 22 Disember 2015 jam 3.30 pagi di Ladang Ayam Bukit Damad, Kampung Tiruk, Serada.

Berdasarkan fakta kes, pengadu, Mohd Fazil Zulkepli, 30 yang juga pemilik ayam menyedari tindakan tertuduh selepas menemui sebuah kenderaan pacuan empat roda berada dalam kawasan ladang itu.

Isnin, 11 Januari 2016

Hospital Pakar Terengganu (KTS) Bakal Beroperasi Oktober Ini

KUALA TERENGGANU, 10 Jan (Bernama) -- Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTS) yang dibina di Batu Burok, dengan kos RM184 juta bakal memulakan operasinya Oktober ini.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata bangunan setinggi lapan tingkat yang didirikan di atas tanah seluas 8.4 ekar itu telah siap hampir 97 peratus dan ia akan menggantikan Hospital KTS lama di Jalan Kamaruddin, di sini.

Beliau berkata dengan adanya hospital pakar yang dilengkapi peralatan moden dan canggih, rakyat Terengganu tidak perlu lagi mendapatkan rawatan pakar di luar Terengganu sekali gus dapat mengurangkan kesesakkan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Ahad, 10 Januari 2016

Kejadian Banjir Lumpur Di KM52.4 Lebuhraya Berpunca Daripada Pembalakan Haram Sehingga Kini

Adakah MB Pahang masih melindungi penerokaan haram ini ??? atau perlu meletakan jawatan ??

BENTONG - Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (Peka) mendakwa pembalakan yang menjadi punca utama kejadian banjir lumpur di KM52.4 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak pada 11 Nov tahun lepas, sehingga kini masih giat dilakukan di Hutan Simpan Kekal Lentang.

Presidennya, Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil berkata, walaupun sebelum ini pelbagai pihak menafikan keadaan itu, Peka mempunyai bukti jelas menunjukkan kegiatan penerokaan hutan tersebut semakin serius.

Bagi membuktikan perkara itu, Peka bersama beberapa agensi media termasuk Bernama, meninjau kawasan terlibat dan hasilnya amat mengejutkan apabila tanda-tanda penerokaan di hutan itu masih terus berlaku.

Khamis, 7 Januari 2016

UMNO PERLU BERHATI-HATI SIKAP "KLUK KLEK" PAS BUAT U-TURN SAAT AKHIR !!!

‘Eloklah mereka tak masuk BN’

KOTA BHARU, 6 Januari: Keputusan Majlis Syura Ulama Pas untuk tidak menyertai atau bergabung dengan Umno adalah satu keputusan yang tidak mendukacitakan.

ADUN Kok Lanas, Datuk Md Alwi Che Ahmad berkata, lebih elok jika mereka tidak bersama Umno kerana sikap dan perangai pemimpin Pas yang tidak konsisten.

“Saya tidak berdukacita dengan keputusan Pas untuk tidak menyertai Barisan Nasional (BN). Eloklah mereka tak masuk BN sebab BN pun sukar nak terima Pas kerana sikap ‘kluk klek’ (dolak-dalik) atau lebih dimaklumi sebagai sikap ‘u-turn’ yang sangat konsisten.

Selasa, 5 Januari 2016

Ketenteraman hidup dihakis ke laut

KUALA NERUS - Bagaikan tiada penghujung. Itulah masalah penduduk di Kampung Tengah, Mengabang Telipot, di sini, apabila kejadian hakisan pantai yang melanda Kampung Tanjung Gelam, sebelum ini, merebak ke penempatan mereka.

Masalah itu membimbangkan kira-kira 37 nelayan apabila bangunan milik Wakaf Kebajikan Nelayan Kampung Tengah yang menjadi pusat berkumpul dan kilang air batu yang diusahakan mereka kini menunggu masa dihanyutkan ombak susulan hakisan pantai yang kian parah.

Kebimbangan mereka itu berasas apabila dalam tempoh kira-kira tiga dianggarkan lebih 50 meter kawasan pantai ditelan ombak dan sebahagian bangunan itu lenyap.

Isnin, 4 Januari 2016

MB TERENGGANU MEMAHAMI SERTA PRIHATIN MASALAH RAKYAT

Tempoh enam bulan peniaga vape habiskan stok

KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri memberi tempoh enam bulan kepada pengusaha vape untuk menghabiskan stok mereka berikutan keputusan mengharamkan penjualan rokok elektronik itu bermula 1 Januari lalu.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman berkata kerajaan negeri juga akan cuba membantu 40 pengusaha vape yang terjejas pendapatan mereka  ekoran pengharaman itu dengan bantuan agensi kerajaan negeri seperti Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) dan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu.

Sabtu, 2 Januari 2016

Pembedahan Menyebabkan Kerosakan Saraf

LANCASHIRE - BRITAIN. Seorang wanita tidak pernah menyangka tahi lalat yang dimilikinya sejak berusia 15 tahun adalah penyebab kanser.

Gemma Cottam, 25, dari Skelmersdale memuatnaik foto yang menunjukkan parut kekal di mukanya bagi mengingatkan orang ramai agar tidak memandang ringan mengenai tahi lalat.

Menurut Gemma, dia menyedari mengidap kanser atau melanoma tahap dua selepas diberitahu doktor mengenai penyakitnya itu selepas menjalani pembedahan membuang tahi lalat berkenaan untuk tujuan kecantikan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...