Sabtu, 25 Julai 2015

PENYELEWENGAN SEPERTI INI BANYAK BERLAKU DAN PERLU DIBENTERAS

Pegawai kanan Kementerian Kesihatan nafi beri projek kepada syarikat anak.

KUALA LUMPUR 24 Julai – Pengarah Bahagian Kejururawatan Kementerian Kesihatan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas dua pertuduhan menyalahgunakan kuasa dengan memberi dua projek di bawah jabatannya berjumlah RM14,300 kepada syarikat milik anaknya sendiri.

S. Tselvin, 58, mengaku tidak bersalah selepas kedua-dua pertuduhan tersebut dibacakan oleh jurubahasa kepadanya di hadapan Hakim Mohd. Nasir Nordin.

Wanita itu didakwa menggunakan kedudukannya untuk mendapatkan suapan apabila memilih syarikat Fort Mark Sdn.Bhd. milik anaknya, R. Pravin bagi kerja-kerja penambahbaikan Portal Nursing di Bahagian Kejururawatan Kementerian Kesihatan, Putrajaya antara 13 dan 15 Oktober tahun lalu.

Jumaat, 24 Julai 2015

PENCURI LEMBU MALANG DIPAKSA MAKAN NAJIS


JENGKA - Malang buat dua lelaki yang dituduh mencuri lembu apabila bukan sahaja dibelasah, tetapi dipaksa makan najis haiwan ternakan itu selain kereta dinaiki mereka turut dibakar.

Dalam kejadian kira-kira jam 9 malam di Felda Jengka 17 pada Selasa lalu, kedua-dua lelaki berusia dalam lingkungan 20-an itu parah di kepala dan tangan serta kini menerima rawatan di Hospital Jengka.

Gambardan video mereka dipaksa mengunyah najis lembu dimuat naik di laman sosial sehingga menjadi viral serta mendapat pelbagai reaksi orang ramai.

Rabu, 22 Julai 2015

Ajal maut itu ditangan Tuhan

Seorang lelaki tua berbangsa India, menemui ajal setelah tercekik ketika memakan sepotong dodol di rumahnya di Bukit Baru, Melaka.
Lelaki berusia 67 tahun itu, dikatakan begitu mengidamkan dodol sebelum bulan puasa lagi dan pada 17 Julai iaitu hari raya pertama, mendiang tercekik akibat dodol yang dimakan tidak dikunyah dengan sebaiknya.
Dari pengalaman kami sendiri, makanan tradisional itu sememangnya agak liat dan perlu dikunyah berkali-kali kerana bahan buatannya terdiri daripada gula pasir, santan kelapa dan gula melaka yang melekit.
Dipercayai, punca kematian disebabkan mangsa tidak mengunyah dengan betul dan seterusnya panik apabila dodol mula menyekat saluran pernafasan.

Isnin, 20 Julai 2015

PENYEDAP KHALID SAMAD SEDIA MENUNGGU GARA2 BAI'AH TALAK TIGA ?


KUALA LUMPUR, 20 Julai: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, seruan untuk ‘bai’ah talak tiga’ oleh Ketua PAS Rantau Panjang, Abdul Fatah Harun tidak perlu dipandang serius.

Beliau menegaskan bahawa sumpah itu, yang perlu diambil oleh ahli-ahli PAS yang menawarkan diri untuk pilihan raya, adalah bersyarat yang telah dipertikaikan oleh ulama Islam tanpa kesimpulan yang jelas setakat ini.

“Anggap sahaja Abdul Fatah hanya berseloroh, kerana meruntuhkan perkahwinan apabila sumpah itu dilanggar adalah satu perkara yang serius.

“Kita juga perlu mengambil kira kesan negatif hasil daripada perceraian berdasarkan sumpah itu,” katanya kepada The Rakyat Post.

Rabu, 15 Julai 2015

Mahasiswa Anggap Ahli Pekida ‘Barbaric’, Tak Bertamadun!

KUALA LUMPUR – Pertubuhan mahasiswa menyifatkan ahli-ahli Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) sebagai golongan ‘Barbaric’ yang tidak bertamadun.
Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya (PMUM) dalam satu kenyataan berkata, ahli-ahli Pekida tidak boleh dibiarkan dan tindakan perlu dilakukan ke atas mereka kerana melakukan rusuhan di ibu negara.
“Pertubuhan-pertubuhan mahasiswa mengecam tindakan Pekida kerana telah menghasut dan mengakibatkan rusuhan di Kuala Lumpur pada 12 Julai 2015.
“Golongan ini mempunyai agenda tersendiri dan seolah-olah ‘Barbaric’ yang tidak bertamadun. Golongan ini tidak boleh dibiarkan dan harus menerima hukumannya,” tegas persatuan mahasiswa itu dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut PMUM, Pekida adalah ekstremis dalam negara yang memusuhkan kaum lain terutama kaum Cina maka perlu ditentang oleh seluruh rakyat.

Selasa, 14 Julai 2015

GHB - "GAGAL HINGGA BERKUBUR" KEAHLIAN PAS DITAMATKAN SERTA-MERTA


KUALA LUMPUR, 13 Julai: Pemimpin Pas Selangor yang kini menyertai parti politik baru, Gerakan Harapan Baru (GHB) akan ditamatkan keahlian mereka serta-merta, kata Setiausaha Pas Negeri.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, Mohd Khairuddin Othman, berkata Pas Selangor sedia maklum bahawa sebahagian besar ahli jawatankuasa GHB adalah bekas ahli Pas.

“Kita menghormati keputusan mereka dan ini sekaligus menamatkan keahlian mereka menurut Fasal 13(1)(c) Perlembagaan Pas,” katanya.

Isnin, 13 Julai 2015

AWASI KAMERA RAHSIA DI TANDAS AWAM ATAU DI BILIK2 HOTEL

MUNGKIN JUGA ADA DI MALAYSIA ?
SEORANG budak lelaki berusia lima tahun menjumpai sebuah kamera tersembunyi dalam tandas di sebuah outlet Starbucks di Lancaster, California, Amerika Syarikat.
Kanak-kanak itu menjumpai telefon bimbit yang diaktifkan aplikasi kamera dan video bertujuan untuk mengintai pengunjung rangkaian coffee shop popular tersebut.
Kanak-kanak itu terperasan tentang telefon bimbit tersebut ketika sedang menemani ibunya yang membuang air kecil di tandas.

Ahad, 12 Julai 2015

GEMPAR: TERBONGKAR JUGA AKHIRNYA RAHSIA SEORANG DATO'

GEMPAR!! Zara Dedah Gambar Dato’ Main 4X Tapi Tak Bayar
LICIK, berani dan tidak tahu malu… itu yang boleh kami gambarkan tentang peribadi pelacur kelas atasan yang menggelarkan dirinya sebagai Zara XXX ini.
Tidak peduli orang ternama mahupun berpangkat, Zara terus mengatur agendanya sebagai ‘pelacur paling berani’ mendedahkan identiti lelaki yang mendapatkan khidmat seksnya.

Malah, amaran ugutan terhadap pelanggan VVIP yang berhutang selepas melanggannya yang dimuat naik baru-baru ini ternyata benar-benar belaka.

Nak baca lagi sila KLIK DISINI cepat

Jumaat, 10 Julai 2015

Senarai 10 Negara Dengan Budaya Seks Paling Bebas Di Dunia

Penzinaan sudah menjadi sesuatu yang terlalu lazim dalam realiti kehidupan masyarakat masa kini. Bahkan, perselingkuhan dalam sesuatu hubungan suami isteri juga tidak lagi dipandang taboo meskipun melanggar adat dan budaya Timur.
Sikap pasangan yang gemar ‘makan luar’ inilah yang menjadi penyumbang utama kepada kenaikan kadar penceraian dewasa ini. Namun, pokok tidak akan bergoyang jika tiada angin: kepesatan industri seks di beberapa buah negara turut menjadi punca kaum lelaki terdedah dalam gejala seks bebas. Kami senaraikan 10 buah negara dengan budaya seks paling bebas di dunia:
1. Thailand
Dengan purata 45 daripada 10 ribu orang wanitanya memilih kerjaya sebagai pelacur, Thailand sememangnya cocok digelar syurga seks bukan sahaja bagi pelancong luar, malah juga lelaki Malaysia.
Rata-rata pelancong tertumpu di bahagian Patpong di Bangkok, yang dikatakan kawasan terbaik untuk melanggan pelacur-pelacur muda dan cantik dengan harga yang tidak terlalu mahal. Bahkan, Thailand juga terkenal dengan pelacur pondan dan lelaki gay!
Walaupun pelacuran sebenarnya menyalahi undang-undang di Thailand, namun aktiviti itu dibenarkan selagi kawal selia dilakukan serta pekerja seksnya mendapatkan ujian jangkitan kelamin.

Khamis, 9 Julai 2015

MAK JANDA MEROYAN DIBULAN RAMADAN ???


Kemaruk untuk merampas kuasa 

KUALA LUMPUR – Parti pembangkang semakin kemaruk untuk merampas kuasa daripada Barisan Nasional (BN) selepas berjaya menyebarkan beberapa siri fitnah ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nurul Izzah Anwar hari ini memaklumkkan parti itu mahu mengemukakan saman sivil ke atas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membatalkan keputusan Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) pula.

Rabu, 8 Julai 2015

Hakim Mahkamah Agung pun buat jahat?


Colombo: Seorang Hakim Mahkamah Agung Sri Lanka berusia 60-an ditahan hari ini, berhubung dakwaan dia melakukan serangan seksual terhadap seorang wanita.

Sarath de Abrew ditahan untuk siasatan selepas polis menerima laporan dia cuba memaksa seorang wanita berusia 39 tahun melakukan seks di pinggir Colombo dan memukul mangsa apabila wanita itu enggan.

Menurut seorang pegawai polis, hakim berkenaan dihadapkan ke mahkamah majistret dibebaskan dengan ikat jamin setengah juta rupee (RM14,400).

Isnin, 6 Julai 2015

WOW....JIJAH KIPAS SUKANYA NAJIB BERMASALAH

DAP, PKR Ajak MP, NGO Hadir Mesyuarat Tergempar 
PETALING JAYA: DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengadakan mesyuarat tergempar di Parlimen untuk mengukur keyakinan awam terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengajak semua Ahli Parlimen (MP) termasuk wakil Barisan Nasional serta badan bukan kerajaan (NGO) menghadiri majlis pada Selasa itu.

Sabtu, 4 Julai 2015

INILAH AKIBATNYA GARA-GARA SUKA MENGHINA DAN MEMFITNAH


TAHNIAH DATUK JAHARA HAMID

PULAU PINANG 3 Julai - Ketua Menteri, Lim Guan Eng hari ini diperintahkan oleh Mahkamah Tinggi di sini membayar ganti rugi sebanyak RM500,000 kepada Datuk Jahara Hamid kerana memfitnah Ketua Pembangkang negeri itu dengan menggelar beliau sebagai ‘nenek rasis’.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Nordin Hassan yang membuat keputusan itu turut meme­rintahkan Guan Eng membayar kos guaman sebanyak RM40,000 berserta faedah sebanyak lima peratus.

Rabu, 1 Julai 2015

WARGA BANGLADESH PUN TAHU, PENGUATKUASA CAMERON HIGHLANDS KAKI RASUAH


IPOH 1 Julai - Seorang tauke ladang dari Cameron Highlands menyerah diri di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Perak di Meru Raya dekat sini pagi ini bagi membantu siasatan kerana disyaki memberi rasuah kepada pegawai penguat kuasa.


Ini menjadikan keseluruhan tauke ladang yang ditahan kerana disyaki rasuah dalam Ops Sejuk yang dilancarkan SPRM sejak semalam meningkat kepada 20 orang setakat ini. - UTUSAN ONLINE
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...