SYDNEY 28 Mei - Pemimpin kerohanian
Tibet, Dalai Lama menggesa ikon demokrasi Myanmar, Aung San Suu Kyi tampil
membantu pelarian Rohingya Islam yang teraniaya, ketika krisis pemerdagangan
manusia melibatkan etnik tersebut semakin buruk.
Walaupun ribuan pelarian etnik
melarikan diri dengan menaiki bot menuju ke negara-negara Asia Tenggara kerana
layanan buruk dan diskriminasi oleh penduduk Buddha di negara itu, Suu Kyi
masih tetap membisu.
Pemerhati berkata, tindakan pemimpin
itu disebabkan kebimbangan berhubung pengurangan pengundi menjelang Pilihan
Raya Umum Myanmar yang dijadual November ini.